Salam Jumaat

Assalamualaikum.. Lama tak update blog. Banyak sebenarnya nak share tapi masa sangat mencemburui saya gitu. Hahahahha.

May ialah minggu exam, so apa lagi saya sibuk dengan anak2 nak periksa lah. Bila mereka exam, kita pun sibuk sama. Kita yang tolong study subjek mereka. Kita yang monitor latihan apa nak kena buat, etc. Tapi tula.. bila mak mengajar, anak2 ni mcm take advantage sket. Nak minum la.. nak itu la ini la. Haiishh.. Kita ni dah schedule masa kita, lepas ni nak masak la.. sidai baju la.. etc. Anak2 plak, kalau kita takde depan mata derang mulalah hilang fokus. Agaknya, sebab itulah saya kecik2 dulu Bapak saya hantar tuition. Tuition pun ngan Mak Sedara saya yang cikgu. Dia garang... Saya kalau garang dengan anak2 pun, tak makan saman. Nanti tiba2 merajuk... Adooiii dugaan betul. 

Bila dengar banyak ceramah agama ini, memang terasa sangat nak berhenti kerja. In Shaa Allah.. saya akan berbuat demikian. Masih dalam perbincangan dan perancangan bersama Cik Suami. Alhamdulillah.. Allah telah mengizinkan saya mendengar ceramah Ustazah NorHafizah daripada rancangan IKIM. Dalam ceramah itu Ustazah menceritakan pengalamannya menjaga 7 orang anak yang pada masa tu masih kecil. Katanya, jangan tamakkan pahala di luar sana sehingga terabai tanggungjawab di rumah. Kata2 itu membuatkan saya insaf seketika. Huuhuhuhu.

Ustazah share doa ini dan saya salin... "Ya Allah..ubun-ubunku ini di dalam genggamanMU, Aku bergerak ke sana ke mari dengan takdir Mu Ya Allah.  Kau tentukan apa sekalipun semua atas kerjaMU. Maka berilah berilah yang terbaik kepadaKU.."





Kelmarin sibuk lagi. Firman telah relapse sebab protein dalam urinenya dah menunjukkan 3+. Dia demam dan batuk dah 3 hari. So, sebab nak sunat 25hb saya kuatkan semangat pergi ke SDMC jumpa Dr Indon. Nak check darah dia.. so nak dptkan advice doktor utk khatankan dia. Saya doakan banyak2 semoga Firman response dengan antibiotik yang doktor bagi. Semoga dia takpayah makan prednisolone. Huhuhuh.. Doktor dah bekalkan 300 biji tuh.



Alhamdulillah.. saya mendapat anak saudara baru. Namanya Aisyah Sofea. Kelas tak.. adik saya bagi nama sama dengan penulis buku Adam dan Hawa tuh. Kakakkaka.. Blasah je Sara. Mama Ja doajan Aisyah Sofea menjadi anak yang solehah dan menjadi anak yang dapat berbakti kepada ibu bapa. 


 Ini pula kakak Aisyah Sofea bernama Aisyah Humaira. Bangga ooo dapat adik. Lepas ni tunggu giliran adik saya Win.. menantikan kelahiran anak ke 5. Dia dah ada 3 girls dan 1 boy. Kita tunggu bulan August ni yer.. 


Syukur kepada Allah atas rezeki dan rahmatNYA. 

Comments