Puas hati.. Alhamdulillah

Alhamdulillah.. syukur. Ilmu dan kuasa Allah tu hebat dan luas. Kadang2 saya fikirkan.. Allah telah mencipta mcm2 benda untuk kita di dunia ini. Allah bagi ilham dan idea kepada manusia. Tak sampai setitik pun ilmu dia kasi. Tak kisahlah apa saje yang kita miliki di dunia ini. Semua tu Allah yang punya. 

Contohnya kalau nak citer pasal Sabun baju lah kan. Kat dunia ni ada macam2 jenis dan brand sabun baju. Ada yang ok.. ada yang tak ok. Bagi saya, Allah juala yang menggerakkan hati kita untuk memiliki sesuatu benda itu. Mcm saya nak beli sabun baju kat bawah ni lah kan. Bila saya termenung memikirkan kenapa saya sanggup nak beli sabun basuh ni. Mahal la jugak. Tapi 1 botol bersamaan dengan 3 botol. Okla kot ditambah lagi keberkesanan dia.  Semestinya sejak sekian lama saya dgn aktiviti mendobi saya, inilah sabun yang terbaik. Bukan saje jimat tetapi buat pakaian saya dan family saya bersih especially baju putih anak2. Rendam semalam baju2 putih saje, Alhamdulillah.. segala kotoran degil hilang dengan jayanya. Saya tak tipu. In fact masa saya pergi sekolah, saya tengok beza baju anak2 saya dengan orang lain. Putih bersih mcm baru. 


Saya rasakan.. Allah jualah yang mengilhamkan satu perkara itu untuk hamba2nya. Allah jualah mengizinkan kami sekeluarga untuk membeli sabun ini walaupun mahal. Bagi saya duit jualan ini ialah untuk seller2 ini. Rezeki mereka dah begini. Jualan mereka ialah melalui saya dan orang terlibat dengan jenama ini. Dengan beli sabun ini, Allah jualah yang memudahkan kerja2 saya. Saya tak perlu memberus baju.. sabun dia pun ok.. kulit jari saya pun ok tak rosak. Syukur..Ya Rahman Ya Rahim. Allah Maha Hebat. 

Sebab apa tau.. saya rasa tak baik bila dok cakap.. jenama itu.. jenama ini paling bagus lantas mengutuk jenama lain seakan nak menjatuhkan jenama itu. Contohnya jenama nilah yang membuatkan diri saya begitu begini. Jenama lain tak bagus. Bagi saya.. atas izin Allah, Allah jua lah yang mengizinkan bagus untuk diri seseorang itu. Hati saya berkata begitu. Sebab aturan rezeki si penjual itu melalui si polan dan si polan ini. 


Dan saya melihat skincare yang saya gunakan ini. Kalau nak banding ngan CLinique.. 3-4 kali ganda harganya. Reason saya beralih arah kepada skincare ini mungkin ada hikmahnya. Syukur alhamdulillah.. saya telah introducekan kepada ramai kawan yg mempunyai masalah kulit, semuanya ada improvement. Pada mulanya saya takut jika tidak bagus atau sesuai utk mereka, saya risau hubungan persahabatan akan jadi renggang. Tapi ianya tidak. Semuanya mengucapkan terima kasih dan saya sangat happy. Memang saya berdoa utk kawan2 saya yang membeli produk ini drpd saya.. "Ya Allah.. Semoga kulit muka mereka cantik dan bersih. Janganlah produk ini memudaratkan mereka".Bagi saya, Allah telah mengaturkan rezeki utk biras dan adik ipar saya utk menjual produk ini. Bayangkan sales mereka telah meningkat drpd beratus hingga ke beribu2 ringgit. Ilmu yang mereka perolehi dr Dr Azizan juga adalah dengan izin Allah. Keberkesanan produk ini jua adalah dengan izin Allah. Saya lihat adik ipar(adik suami saya) dan biras saya membuat amalan2 yang sememangnya dicintai Allah. Itulah hasilnya.

Oohh hari ini saje, ada orang nak beli set percubaan dan set besar. Syukur Alhamdulillah. Nak inform biras sayala. Nampaknya saya tak perlu promote lebih2, orang pakai semua nampak cantik dah. Dan semua dok cari saya. Ya Allah.. Subhanallah. Hikmahnya.. saya dapat mengenali ramai orang production dan staff di kilang saya. Padanlah dulu orang tak kenal saya, sbb saya sendiri pun tak kenal orang. Dan saya taulah kenapa Islam menggalakkan silaturrahim sesama Islam..

Berbeza dengan produk sabun di atas.. ianya MAHAL dan produk kecantikan di bawah.. ianya MURAH. Tapi semuanya BERBALOI-BALOI. Saya juga tidak kondem orang yg mampu membeli dan menjual barang mahal seperti handbag etc. Sbb itulah aturan rezeki Allah. Menjual dan membeli.. semuanya terkandung hikmah. Yang penting saya belajar dalam hidup saya ini, jangan sombong dan riak. Terima kasih Allah atas ilham, kesedaran dan ilmu ini. 

Comments