Muhasabah

 

Hari ini saya mendengar lagu Pedoman nyanyian Nora, salah satu lagu yang memberi inspirasi untuk saya.

Dalam pada masa yang sama, saya umpamakan diri saya terlepas drpd pautan tali selama ini. Saya cuba sedaya upaya dan berusaha untuk mencapai tali layang2 untuk membawa diri saya ke arah yang sepatutnya. Saya tak tahu ke mana.. Saya hanya memohon kepada Allah tunjukkan.

 Bait2 lagu Pedoman terngiang di fikiran saya membayang kan diri saya menadah tangan tinggi.. "Tuhan berikan Pedoman.. Tunjukkan aku arah jalan yang Kau redhai.. Tuhan Berikan Pedoman, Dan bila Ku Menjauh.. Kembali ke Pangkal Jalan...

Kemudian saya menangis tiba2 bila sampai ke lirik.. "Cahaya RahmatMU menyinari bahagia, Syukur hatiku rasa.. Bergetar Tubuh kusebut NamaMU, Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang, KurniaanMU lantas kusujud bersyukur.."

Terima kasih Allah kerana menganugerahkan nikmat ini. Susah saya nak explain. Tapi saya suka saat ini. Saat bila saya dpt rasa Allah. Susah saya nak dapat rasakan kecuali bila saya rasa saya tak terdaya. Tiada apa2 dan hanya kepada Allah saya berharap. Ya Allah.. biarlah ia berkekalan sehingga ke akhir hayat saya. Dalam hati saya, saya selalu rasa Allah akan tolong saya. In Shaa Allah. Saya tak tahu bila.. Tapi Allah ada. Saya tiada siapa kecuali Allah. Tapi dengan syarat.. saya kena dengar cakap dia. Buat yang Allah suruh dan jangan buat apa yg Allah larang. Tapi saya insan lemah.. selalu tersasar. Macam anak2 saya. Kejap good boy.. kejap suka buat Mama marah. Tapi Mama tetap sayang anak2 Mama. 

Begitulah Allah kan.. saya buat dosa, dia tetap tolong saya. Kalau saya jauh drpd DIA, Allah bagi saya dugaan. Dugaan saya macam2.. tapi mostly anak2 la kot. Dengan sakitnya.. dahla semua lelaki kan. Mungkin ada kata, balasan ALLAH atas dosa2 saya tapi kalau begitu, saya terima juga. Yer saya manusia.. dosa saya muda2 dulu pun banyak.. moga2 dengan dugaan2 begini, Allah memaafkan diri saya yang jahil ini. Kengkadang terfikir, agaknya sebab itulah Allah bagi saya ramai anak. Anak2 mendidik saya menjadi saya lebih baik,sabar, produktif, dan mcm2 lagi. Allah tidak menjadikan sesuatu tanpa sebabkan. Itu yang saya selalu fikir.

Lagi beberapa hari menjelang Ramadhan. Kejap saje masa berlalu. Syukur puasa yang tertinggal sudah diqada kan. Saya mula terfikir.. adakah ujian saya tidak cukup tidur, tetiba terbangun sbb Erfan nak menyusu di sekitar 4 pagi.. adalah latihan fitness saya menjelang Ramadhan nanti. Semoga saya lebih bersedia? Subhanallah.. saya terfikir begitu. Ok Ja.. jangan tidur balik.. teruskan.. teruskan beribadah pada waktu malam. 

Salah satu statement drpd hadis Qudsi yang bermaksud. 

"Allah turun ke langit dunia, ketika satu pertiga malam masih tersisa. Allah menyeru: Adakah antara hambaku yang mahu berdoa kepadaku supaya aku mengkabulkan permintaannya? Adakah antara hambaku yang meminta ampun kepadaku supaya aku mengampunkannya? Adakah antara hambaku yang meminta kepadaku supaya aku memenuhinya?

..............................................................................................................

Sudah tiba masanya... 




Ayat saya bila berjumpa Nora tempoh hari.. "Terima kasih sebab nyanyikan lagu PEDOMAN untuk saya setiap hari.."

Artikel ni :Pemain Yang Terbaik menepati persoalan yang saya terfikir selama ini. 

Comments