Mudahkanlah aku...


Subhanallah.. Segala puji bagi Allah.. Kerana Allah.. Walaupun ramai org yang menulis ttg pengalaman umrah, izinkan saya share pengalaman saya ini di blog PANGGILAN UMRAH. Semoga ianya memberi manfaat dan pertolongan kepada kawan2 saya especially ttg persediaan untuk ke sana. Pengalaman yang amat beharga inilah yang mengajar saya tentang betapa pentingnya DOA. Allah Maha Mendengar.. Walaupun saya ni banyak dosa.. Saya kerdil dan saya tak hebat mana pun.. Allah dengar doa saya. Terima Kasih Ya Allah...

Saya mula menulis blog itu semasa saya tiada apa2. Saya tiada duit pada masa tuh tapi saya tahu hanya dengan menjual apartment yang saya beli pada tahun 2003 itu saje sumber saya untuk kesana. Saya melalui pelbagai dugaan dan cabaran untuk menjual rumah itu.. tapi setiap kali saya faced difficulties saya akan berdoa.. "Ya Allah.. mudahkan diriku Ya Allah. Aku nak sangat pergi ke sana dengan suamiku.... semoga Kau memudahkan jalan untuk aku ke sana..". 

Saya teringat pada masa tuh, saya just bayar RM2k pada bulan May untuk booking tempat kepada Syaza Travel utk diri saya dan suami. Pemilihan travel agent pun saya berdoa. Tarikh untuk ke sana pun saya berdoa.  Kata pihak Syaza, full settlement perlu dibayar sebulan sebelum berangkat.  Saya hanya tawakal saje pada masa tuh. Sebab tu saya tidak hebah kepada orang lain ttg trip saya ke sana sbb saya sendiri tidak tahu akan pergi ke tidak sbb ntah bila full settlement penjualan rumah itu akan saya dapat. Saya terus berdoa semoga Allah menjemput saya dengan suami sehinggalah saat saya sampai dan pijak di bumi Mekah dan Madinah. Walaupun dah naik kapal terbang.. saya terus berdoa.. "Ya Allah.. semoga Engkau memudahkan diriku untuk ke sana." Bukan apa.. saya terfikir kot kapal terbang yang saya naik ni terhempas.. tak sampai juga. Betul.. ada 2 orang trip ni tak dapat join di saat2 akhir sebab tersalah waktu flight. Flight kami pada waktu pagi, tapi orang itu ingat malam. Gitulah jemputan Allah pada hambanya untuk ke sana. 

Saya akan cuba update kisah umrah ini dari masa kesemasa sebagai inspirasi pada diri saya untuk terus berusaha dan improve diri saya. Ketuk2 diri saya yang kadang2 lalai ni. Saya sedar, banyak perkara yang saya perlu pelajari dalam diri saya. Bukan untuk diri saya saje.. tetapi anak2 saya yg akan membesar. Saya rasa misi saya di dunia ini utk membantu mereka mengenal Allah. Bukan senang sebenarnya.. Huhuhuhu. 

Mengerjakan umrah dan haji bukanlah label yang diri kita ni sudah cukup sempurna.  Itu fakta tidak betul. Prof Kamil memberitahu yang lebih kurang yang saya faham, haji dan umrah yang mabrur ialah apabila kita dapat mengekalkan tahap ketauhidan dan ibadah kita kepada Allah secara istiqamah sehingga kita mati. In fact, sesiapa yg telah pergi ke sana ujian kehidupan seseorang itu akan lebih adventerous. Apa yang saya imagine, dosa-dosa semua telah disedut. Dan apabila kita pulang dan kembali dengan rutin kita, semuanya akan bermula. Ibadah2 kita yg kita buat masa di Mekah dan Madinah, seperti solat berjemaah di Masjid.. menutup aurat.. etc, adakah kita lakukan di tempat kita? Hah.. ambik ko.. saya pun tanya pada diri saya sendiri. Termenung sat... 

Dalam fikiran saya ni ada banyak ideologi ttg kehidupan. Byk benda saya suka kaitkan.  Mengerjakan umrah bagi saya anggap sebagai ujian diploma/degree.. dan haji bagaikan MASTER/PHD. So, untuk para graduate yang telah membuat praktikal di Mekah dan Madinah, ibadah2 yg dilakukan ialah sebagai knowledge, senjata dan persediaan. Saya juga boleh kaitkan dengan Naruto.. ilmu Ninja. Saya juga kaitkan dengan permainan video games.  Ahaaa.. takpe.. orang tak paham kot.. Moga2 sapa yang baca ni faham.. Alhamdulillah. Apa2 pun mengerjakan umrah/haji ialah SCHOOL OF LEARNING. Bukan saje itu, kalau dalam video games plak ia umpama nak kasi life bar tu 100% power/energy. In Shaa Allah,  Allah dah bagi tips dan banyak benda masa di sana. Allah tak bagi direct.. tapi kita boleh feel melalui pengalaman yang hanya dapat di sana. So, bila kita kembali ke kehidupan sebenar... here you are.... "LEVEL ONE"...
(GAME OVER tu bila kita dah mati la kan... hhhmmm... mula terfikir, apa yg Allah kasi hint kat dunia ni kan suruh kita berfikir. Semuanya untuk kita kembali kepada Allah. )

Dunia kita sebenar, dugaannya banyak. kalau dalam video games, dugaannya ada banyak orang jahat kan. Citer Naruto pun banyak orang jahat. Orang jahat, dugaan, nafsu, etc semuanya itu drpd Syaitan Syaitan akan terus ganggu kita sampai kita mati. Mission kita ialah untuk sampai kepada Allah dalam keadaan Husnul Khatimah.. bukan kita saje.. kita nak bawak keluarga kita, kawan2 kita, keluarga seISLAM kita.. semua kita nak ajak masuk syurga. Semasa mengerjakan umrah, ilmu yang direct diajar kepada kita hanya kita sendiri yang tahu. Yang kita sendiri yang dapat merasainya. Ia boleh berbentuk praktikal seperti sabar, yakin, tawakal dan tabah. Apabila sifat2 ini bercampur dengan emosi, ia lebih bermakna berbanding ilmu yang kita belajar secara teori. Itulah pendinding kita atau bonus kita untuk melawan watak2 jahat dalam kehidupan kita. Kita mungkin tewas dan kita mungkin menang. "Level" kita dalam Video Game kita akan terus meningkat mengikut maturity kita. 

Semoga blog panggilan umrah ini menolong kepada insan yang memerlukannya. Ianya tidaklah seberapa. Namun diharapkan yang sedikit ini dapat membantu. Amin. 

Comments