Masa ... brainstorming!!!!


                            بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.  (3)


* 24 jam sehari. Isnin - Jumaat. Bila dibilang masa saya setiap hari.. 10 jam di pejabat... 3-4 jam di jalanraya plus rumah makcik(bbsitter Erfan dan Emran).  10 jam di rumah. 

1. Pejabat - Fokus kerja. Sambil2 tu dengar ceramah agama. 
2. Rumah - Jalan tugas sebagai ibu dan isteri. Tidur 4 jam. 
3. Weekend (Sabtu & Ahad) -  Jalan tugas sebagai ibu dan isteri. Rutin2 biasa.. 
4. Cuti Am - Saat yang ditunggu-tunggu untuk berehat. 

Tujuan hidup: Menjadi hamba Allah yang terbaik dan membawa bekalan yang terbaik menuju akhirat untuk bertemu dengan Allah.  Menjadi penolong suami dan anak2 menuju ke destinasi abadi. Pengakhiran hidup.. husnul khatimah.
add on: rezeki yg dicari untuk keselesaan dalam beribadah kepada Allah bukan untuk menunjuk2. Untuk dikongsi dengan orang yg memerlukannya. 

Dugaan hidup: Tiap2 hari ada!! Face it patiently. Kuatkan semangat dengan zikir2 Allah.. solat malam. 

Perjuangan hidup: Remind keluarga ingatkan Allah.. solat.. solat..  bagi bekalan agama pada anak2 untuk mereka teruskan dan mendoakan kita bila kita mati esok. Ingat.. jangan sibuk nak kejar A ke ape kat sekolah.

Reminder: Allah suka orang yang berusaha, bersusah payah demi Allah, menolong orang, memudahkan orang.. pastikan apa saja yang kita buat.. kerana Allah. Ingat.. ingat.. ingat!!! Bukan untuk berlagak.. perasan bagus.. ingat!!!upgrade diri.. improve diri.. 

HADIS 25: MASA AKAN MENJADI SINGKAT 
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda ; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulandirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakanseperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (Riwayat Tirmizi)

Keterangan: Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalularut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk,tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiadaada perkara yang dapat kita selesaikan . Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabutkeberkatan daripadanya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu,dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapisekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Iniadalah satu petanda hampirnya kiamat.

p/s, sedang berfikir2 sebab banyaknya masa habis di pejabat drpd bersama keluarga... haiiishhh!!! Perlu buat sesuatu ni.. Ya Allah.. berilah ku pedoman.. 

Comments