Kisah Kecantikan...

Saya tidak lagi menggunakan Clinique. Saya menggunakan produk tempatan yang diintroduce oleh Kakak Ipar saya. Saya baru fully commitment pada produk ini selama sebulan. Reason saya berubah arah: 1. saya dah takde budget nak beli produk mahal, 2.boikot yahudi dan 3. Kagum ngan biras saya yang dah cun melecun.

Saya rasa kakak ipar saya dah introduce dah lama dah.. rasanya tahun 2011 lagi.  Saya cuba pada masa tuh, tapi sebab saya masih menggunakan Clinique jadi saya tidak fokus kepada produk ini. Tapi biras saya terus guna dan guna dan sampailah skrang dia telah menjadi stokis yang sangat hebat. Untungnya sudah mencecah 5 angka. Sapa sangka!! 

Sememangnya saya ni tiada sangat masalah kulit cuma kulit saya kusam dan ton tak sekata. Ada kalanya ok. Ada kalanya kalau saya penat semua, bawah mata saya mulalah menunjukkan tanda hitam legam akibat tak cukup tidur. 

Tapi sejak saya menggunakannya.. syukur alhamdullillah.. saya sangat happy. Banyak improvement yang saya dapati. In fact, ianya lebih bagus drpd clinique yang telah gunakan sejak 15 tahun yang lalu. 

Dan skrang saya berani introducekan kepada orang2 terdekat saya. Adik saya, auntie, kawan office, dan kawan2 MJ. Untuk adik saya, dah nampak improvement. Semua orang dah puji kulit muka dia nampak gebu katanya. Kawan office saya pun dah nampak perubahannya sejak seminggu menggunakannya.. 

Apa2 pun, niat saya nak menolong orang dulu.. saya berserah kepada Allah tentang kisah produk ini dengan diri saya. Saya memang tak reti nak menjual.  Tapi kalau orang nak tahu lanjut, saya sudi berkongsi tentangnya. Tapi tula.. saya tak mahu lah menonjol sangat muka saya secara public. Nak puji muka saya lebih2 pun, alahai.. saya bukan Kak Ton..."Kak Ton Comelkan..." (Teringat produk Kak Ton Beauty Umaira). 

Apa2 pun, nak cantik.. jangan lupa minum 3 liter sehari. Hiks. 

Comments

Post a Comment