Jom Kurus

Sbb semangat nak kurus kan.. sebab anak saya dah komen saya gemuk.. anak bukan suami. Hahahahha. "Mama ni kenapa dah gemuk? Firman nampak Mama gemukla.." Betul.. berat saya sudah 55kg. Dengan ketinggian saya 155cm, saya sudah kira berada di paras bahaya. Bagi sesetengah orang, ala Ja.. ko nampak ok jer. Ooohh saya memang jenis susah nak percaya cakap orang.. saya hanya percaya cakap mesin penimbang. Hahahah.

Saya ni bukanlah nak jadi model ke ape. Saya nak sihat. Mendietkan diri ialah satu matlamat yang bagus. Niat mesti betul. Ok saya cakap kat diri saya.. saya nak sihat sbb saya nak beribadah kepada Allah. Saya nak kurus sbb saya taknak pakai baju sendat2 nanti nampak aurat. Pakai baju tapi lebihan lemak sana sini.. itu memang tak best. Saya nak diri saya cantik supaya suami saya sayang.. dan berhadapan dengan orang pun, orang melihat kita dengan keadaan yang tenang. In Shaa Allah.. amin. 

Maka bermulala operasi diet saya. Ditakdirkan pula.. saya dapat info tentang diet di Lo*d*n Weight Mgmt. Ada sorang kawan saya share the info.. dan syukur kepada Allah, bagi saya ianya ilmu yang bermanfaat. Forget about the mesin2 yang mereka ada... yang katanya boleh hapuskan lemak sampai lapisan ke 4. Anda boleh minum semua ubat kurus yang katanya boleh hilang sampai 10kg seminggu.. tapi lebihan kulit yang menggelebeh itu cemano kan??? Antara 2 la kot nak hilang.. mesin dan exercise. Mesin mungkin kejap tapi pakai duit lebih lah.. tapi exercise ialah aktiviti yang sihat tapi kena istiqamah dan berusaha lama sket lah. Takpe.. saya pilih exercise. Nak buat exercise yang betul.. kita tanyalah cik Google kita kan. 

OK.. sebelum memulakan operasi diet.. satu benda yang kita kena buat. Minum AIR!!!! 3 liter sehari. Kenapa nak minum air masak? Sbb nak buang toksin. Toksin lah punca sebab kita susah nak loose weight. Toksin la yang buat kita stress, rambut gugur, jerawat, badan berangin, sinus, berat badan naik mendadak, penyakit itu.. penyakit ini. Ohh yer baru saya teringat, kalau kita marah sangat, bukankah Islam menganjurkan kita mandi atau ambil wuduk. Similarly, air membuatkan panas menjadi sejuk. Kita akan rasa cool. Tapi cool cool pun, jenuh la kan nak pi toilet. Kakakka.. Saya la tuh.. adooii seminggu dah buat.. seminggu berlari2 nak pi toilet. Tgh menaip ni pun dok tahan. Kakakkak.. punyalah achieve target 3liter per day. Yer.. it works!! Seminggu saya dah hilang 2kg. Believe it or not. Weekend lepas saya rasa badan saya ringan sket dan boleh berexercise. Nak buat kerja rumah semua dan berlari sana sini saya rasa energetic. Agaknya toksin dalam badan saya dah reduce lah.

Tengok gambar kat bawah ni cemana badan2 kita terdedah kepada toksin... adoii..Ini petikan yang saya ambik drpd satu website.

Mengapa Anda Perlu Membuang Toksin?
 Kehidupan seharian kini sentiasa terdedah dengan beribu jenis toksin dan kimia yang berbahaya. Bahan-bahan ini boleh didapati didalam makanan, udara yang disedut ataupun didalam pil-pil untuk perubatan. Toksin ini semakin lama semakin membesar dan memberi tekanan kepada organ badan kita. Mereka ini menyerap tenaga dalaman dan fokus dan menyebabkan kita jatuh sakit, menghadapi masalah berat, sukar untuk tidur, keguguran rambut dan banmyak lagi kesan-kesan buruk.  Dengan mengurangkan jumlah toksin didalam tubuh badan aakan menyebabkan tubuh badan semakin sihat dan kuat.



Hmmm... sbb tu la orang dolu2 sihat walaafiat sbb badan kurang toksin. Duduk kampung, makanan semua organik. Udara bersih dan juga buat aktiviti berkebun. Selain drpd minum air, cara lain ialah buang peluh dengan exercise, sauna, patch... (sila google cara nak buang toksin) 


No wonderlah mana2 info saya dapat.. even london ni pun kata.. minum air. Yang center bagi tumbuh rambut tu pun suruh minum air. So maksudnya la kan...kunci segalanya ialah AIR. Ini caranya...

Bangun pagi minum 500ml air. Takyah gosok gigi lagi.. teringat info2 yang saya perolehi sebelum ini, bangun pagi kumur air bangun pagi itu dan minum sbb ada enzim apa ntah. Buat jela kan. Tapi saya juga akan baca2 sketlah.. Surah Al-FAtihan dan Salawat sket.. niat supaya kita rasa segar, sihat, bertenaga dan dapat menjalankan tugas seharian kita dengan baik.. kerana Allah. 

Morning lagi 1liter. Petang 1 liter dan malam 500ml. sekurang2nya la kan.. 3 liter. Lebih takpe. Kurang jangan. Haik.. Arigato!!! Harap.. saya akan terus mengekalkan tabiat minum air ini. Kalau menurut Prof Muhaya, perkara yang kita lakukan selama 40 hari akan menjadi tabiat kan. Ok.. saya akan buat. Moga2 saya sihat.. dapat jalan tugas saya sebagai isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan hamba Allah yang sihat dan baik. 

Ok kawan-kawan... JOM Kurus!! Jom Buang Toksin!!!

p/s, lepas ni saya nak share info tentang kosmetik dan mencantikkan muka plak!!! 


Comments