Hati ku..

Saya bersyukur kerana bacaan ini membuat hati saya tersentuh,menangis dan insaf. Di kala saya sibuk dengan seharian saya dengan keluarga dan anak2.. kadang2 diri saya lalai. Kadang2 solat pun kurang kusyuk. Astagfirullah halazim... Kadang2 fikiran ntah kemana.. memikirkan anak2 yg membuat pelbagai kerenah. Memikirkan tugasan kerja di pejabat. Bangun pagi memikirkan urusan dunia setiap hari membuatkan kita meminta Allah semoga dipermudahkan. Status Ustaz Zahazan hari ini.. 


"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."
Maksudnya: "Ya Allah Permudahkanlah.. Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."  
Semoga Allah memudahkan segala urusan kita pada keesokan hari dan hari2 yang seterusnya serta menjadikan kita hambaNya yang sentiasa bersyukur dan bermuhasabah. 


Hari ini saya tergerak utk membuka blog Universiti MKI yang sememangnya saya ialah 'student'nya. Tak perlu membayar sebarang fees, hanya daftar saje.. In Shaa Allah automatik menjadi pelajar. Universiti MKI ialah tempat di mana saya memperolehi ilmu jasmani dan rohani. Tenaga2 pengajar yang hebat di universiti ini sememangnya berjaya membuat saya kembali ke pangkal jalan. Syukur alhamdulillah. 



Pagi ini, hati saya tersentuh dengan topik mengadap ALLAH. Bersediakah kita mengadap Pencipta kita? Artikel ini sememangnya membuka ikatan kekusutan fikiran saya yang haru biru ini. Betullah bila Allah sayang seseorang.. dia akan suruh semua orang makhluk di dunia ini menyayanginya. Allah bagi peluang untuk kita bersedia mengadapNYA bersama2 bekalan2 yang hanya beberapa bulan saje. Kisah Dato Dr Muhd Zaini selaku pensyarah jemputan di Universiti MKI memang terkesan di hati. 

Allah memanggil kita dengan 3 cara.. 1. Setiap hari dengan azan 5 waktu. 2. Panggilan ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan haji atau umrah dan yang terakhir...final call 3. Kematian. Tanpa kematian... kita tidak dapat berjumpa dengan Allah. Uwwaaaa... Saya insaf...

Teringat Prof Muhaya ajar.. sebelum kita solat.. niatkan dalam hati dan berkata "Ya Allah.. bimbinglah aku untuk mengenali dan menyayangiMU Ya Allah... ". Beginilah Allah mengajar kita kan... Terima kasih Allah.

Comments