Aktiviti sosial bersama gang MJ

Alhamdulillah.. terima kasih Allah kerana rezeki yang telah Engkau berikan.. rezeki jemputan makan oleh Azie utk majlis anak daranya, Dania yang ke 10. Terima kasih Azie.. majlis yang gilang gemilang di the Pantry, IOI memang sangat AWESOME!! Semoga Allah memberkati dan merahmati Azie sekeluarga. Kami anak beranak sangat enjoy walaupun ada sorang anak ku telah membuat sensasi di majlis orang. Hahahaha. Minta maaf kepada tuan rumah dan juga kawan2 yang sangat memahami. Apa yang berlaku saya belajar drpd pengalaman... 

Alhamdulillah.. kerana Allah mengurniakan kawan2 yang baik hati.. MJ is the best!! Hampir 10 tahun bersama masih setia dan semoga kita akan terus bersama sehingga ke akhirat nanti.. 




Alkisah... Perebutan kereta milik Armand telah dirampas oleh Emran. Nasib baik Armand sangat cool. Mata duk tenung je tuh. Alahai Sian Armand... Tetiba Armand menerima bantuan drpd Abangnya yang sangat prihatin dengan adiknya. Tula tuh budak2. Gaduh2 adik beradik pun, mesti backing adik sendiri kan. Bagus Danial. Yiha!!! Maka meraunglah Emran. Saya ada 2 solusi nak buat pada masa tuh.. ambik mainan drpd Emran masa nak pulang dan kembali semula kepada Armand tetapi suasana pasti akan lagi kecoh.. saya taknak spoil majlis orang dgn teriakan anak saya dan ke 2, sistem barter kereta yang dibawa dari rumah untuk ditukar dengan Armand. Tapi tulah.. sebab saya tengok Armand sangat cool dan taknak spoil majlis tersebut, saya minta kebenaran untuk membuat sistem barter. Sian dia.. dia nak kereta tu semula.. kereta tu ialah usahanya menang letup belon dlm acara birthday tuh. Saya tiada pilihan.. saya harap Maknya Tety memahami. Saya tahu dia faham..

Untuk diri saya.. saya bukan memanjakan anak. Lebih anak sendiri.. nope. Dalam situasi yang penuh budak2 yg pelbagai ragam ini, memang saya akan standby dengan kerenah unpredictable mereka. Bukan anak2 saya saje.. anak2 orang juga. Adakah elok kalau orang melihat saya marah anak saya depan orang ramai? Memang pernah berlaku suatu ketika dahulu yang menyebabkan saya malasss dah nak pergi ke majlis orang.  Skrang saya redo dah apa saje.. masa dalam perjalanan ke majlis ini saya pesan kepada anak2 saya.. behave!!! Biasalah dalam kereta baguslah kan. Hahaha.. Itula.. Orang boleh kata, bila anak orang tu buat perangai.. mak bapak tu tak pandai jaga anak. Tula.. saya nak bimbing diri saya dan kawan2 baikk saya.. dont say anything. Bersabar.. ujian Allah kepada kita tak tahu lagi.. Bila hati kita terdetik yang baik2, In Shaa Allah.. semuanya akan baik2 kepada kita dan keluarga kita. 



Tengok.. monyok muka Armand.. Moga beso esok Armand menjadi insan yang soleh yang menggembirakan hati mak bapaknya.. 



Ni gambar candid. Memang kelakar bila tengok gambar ni. Ryan cuba untuk distract camera man yang cuba untuk merakam gambar mak2 yang comel ini. Maklumlah lama tak bergambar kan. Dia sengaja bila cameraman nak klik je gambar, dia buat aksi spontan dia. Tengok saya dah warn dia.. haip!!! Orang lain boleh kata.. Haiishhhh.. nakalnya anak Ja ni. Well saya tak kisah.. Kisahnya bagaimana saya nak menangani anak saya ni di depan orang. Saya tak kisah orang boleh kata.. saya manjakan anak. Saya taknak stresskan diri saya. Bagi saya.. RYan membuat something fun!!! Orang akan ingat kenakalan dia. Kalau saya jerit dan marah dia, saya rasa dia akan hilang keyakinan diri. So biarlah dia. Saya tunjuk kat semua orang saya marah dia.. balik rumah saya cakap lagi.. jangan buat camtuh.. tak baiklah. Ntah dia ingat ke takkan.. But itulah dia.. mereka hanya budak-budak. Saya berdoa kepada Allah.. semoga saya akan terus bersabar dalam membesarkan mereka. Jangan give up.. semoga besar esook anak2 saya menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat dan begitu juga anak2 kawan2 MJ saya ini. Aminnnn... 

Comments