Tinggal kenangan

 

Kesian saya melihat pejabat  yang saya diami hampir 5 tahun ni. Pada asalnya ia kepunyaan group AUDI* yg saya tak pasti berapa tahun ia ditubuhkan. Apabila group ni dibubarkan secara mengejut start pada tahun lepas bersama staffnya yang lebih kurang 60 orang di VSS kan tanpa khabar dan berita, tiada arah tuju tentang projek mereka ini. Adalah lebih kurang belasan staff mereka digabungkan bersama group VIDE* kami.

Kisahnya, syarikat saya ada 2 group.. VIDE* dan AUDI*. Pada asal kemunculan syarikat ini di Malaysia juga, ia bermula dengan AUDI*.  Dulu bangunan ini sangatlah besar, ada 2 kilang untuk 2 group ini. Namun begitulah adat business, suatu masa dulu kita mungkin di atas dan begitulah sebaliknya. Pada tahun 2009 lagi,  kemerosatan penjualan barangan AUDI* tidak menggalakkan. Biasalah syarikat Jepun, selagi boleh buat COST down, selagi itulah akan dilaksankan hingga mencapai target. Bermula dgn pengurangan pekerja, penjualan bangunan dan akhir sekali menutup terus group AUDI* ini memang amat menyedihkan.

Namun alhamdulillah, syarikat saya bekerja ini tidaklah membiarkan sesetengah staff ini diVSSkan begitu saje. Syarikat ini telah menjemput kilang2 yg sewaktu dgnnya mengambil staff ini. Alhamdulillah.. ada yang bernasib baik, dpt VSS dan juga kerja baru selepas itu. Maha Pemurah dan Penyayang Allah, saya terharu dgn mereka. Ada yang tidak dapat kerja tu, maybe ada rezeki lain yang menanti, In Shaa Allah.

Saya pada asalnya berada di bangunan VIDE*, dan apabila syarikat ingin menjimatkan kos sana sini, group kami dipindahkan ke satu bangunan RND combine AUDI* dan VIDE*. So, last week sebab penutupan secara rasmi projek AUDI* itu, saya kembali semula ke bangunan lama saya bekerja.

Berbalik kepada pejabat dan bangunan RND  yg saya bekerja selama 5 tahun ini. Bagi staff mereka ini, pasti mereka sedih melihatnya. Yelah, tahun lepas masa mereka diVSS kan secara mengejut, tiada arahan utk mereka berkemas atau apa sajelah dengan barang2 mereka spt files, set2 AUDI*, dan lain2. Last week, saya dan staff yang lain diberi arahan untuk membuang dan dispose semua barang2 yang ada di bangunan itu. Ada sesetengahnya maybe akan dijual seperti perabot dan komputer, saya rasalah. Paling menyedihkan apabila saya sendiri terpaksa mengeluarkan semua dokumen2 mereka yang mereka telah compile sejak awal penubuhan bangunan ini spt bahan2 research, buku2 manual, sample2, etc. Semua kena buang!! Sedih jugaklah bila saya lihat satu persatu bahan2 mereka yang telah mereka compile sebaik mungkin dan bakal digunakan oleh staff akan datang.. tetapi tidak. Ia umpama seperti bahan2 ini akan terhapus umpama kena bakar atau kena banjir. Kalau begitu oklah, tidaklah rasa bersalah dan kalau reason untuk dibuang pun kerana masalah bencana.

Biasalah saya, apa yg berlaku selalu buat saya berfikir. Kita manusia tidak ada apa kan. Buatlah cemana pun. Prepare lah apa saje. Kalau Allah tidak izinkan, akan terhapus jua segala2 nya. Empayar yang besar pun boleh jatuh. Sesungguhnya kita tidak tahu apa yg berlaku akan datang. Allah jua yang mengetahui.. Kedudukan VIDE* skrang pun saya tidak tahu. Saya berdoa yang terbaik.. 

"Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki". 
(Salah satu ayat daripada ayat Kursi atau  Surah Al-Baqarah : 255)

Saya memohon ampun kepada Allah atas segala dosa-dosa saya.. Astagfirullah hal a'zim...




 




Comments