Tenang


Saya suka muzik dan soundtrack dalam Youtube ini. Saya juga suka kata2 tentang Al-Wadood ini. Walaupun seribu masalah di minda, jiwa seolah2 tenang mendengarnya. Hati terasa ingin menangis ntah kenapa. Saya tak terdaya..itulah kenyataannya. Saya teringat pada zaman sekolah dulu, sebelum saya start belajar saya akan melakukan proses pernafasan dan meditasi. Muzik sentimental seperti KITARO dan Kenny G adalah antara koleksi saya. Tapi pada masa itu, saya terasa ada missing something. Mungkin pada masa tuh kesedaran saya ttg Allah hanyalah 60-70%. Namun saya tidak katakan skrang nie saya hebat.. tak! Saya masih belajar namun kesedaran itu mungkin meningkat 10% begitu. Sbb baru2 ini bila saya melakukannya saya terasa indah sekali dan boleh menangis berbanding dgn dulu.

Bagaimana saya melakukan proses mendapat ketenangan ini.



 1.Tarik nafas sedalam2nya.. kalau dulu saya akan cuba imagine saat2 indah dan cuba absorb ke dalam mind saya. Tapi kali ini, saya cuba menyedut dgn menyebut nama2 Allah seperti Allah-HU, Ya Rahman.. Ya Rahim.. seolah menyedut cas2 positif ke dalam diri..

2. Hembus nafas sekuat2nya. Kalau dulu, saya akan hembus sampai saya rasa tak boleh nak hembus lagi. Tapi kali ini, saya akan hembus bersama2 dgn perkara2 negatif yg ada dalam diri saya. Contohnya, perasaan suka marah.. perasaan tension, dan apa sajalah yang negatif.

Subhanallah. 

Oklah.. saya baru saje menangis membaca entry ini. Tulisan oleh bapa kawan baik saya ini.. DUNIA HANYA LALUAN. Antara ayat yang saya sebak ialah

“Sekarang baru I faham mengapa you bersusah payah mahu mendapatkan visa umrah ketika kita di London dahulu – sedangkan kami berseronok pula ke tempat lain. Betapa nikmatnya berada di sini. Kini, sepanjang Ramadhan – setiap tahun – I akan ke sini…” 
Saya biarkan beliau bercerita. Air matanya bertakungan di kelopak. Saya turut sebak. Subhanallah, Maha Suci Alllah yang melembutkan hati hamba-hambaNya.
Ia secebis kisah silam. Tentu sekali ia sangat relevan dengan pesanan Rasulullah SAW, “beramal (ibadatlah untuk akhiratmu) seolah-olah kamu akan mati esok hari. Dan bekerja (keraslah untuk duniamu) seolah-olah kamu akan hidup selamanya!” 
Tetiba kenangan menunaikan umrah menyelubungi diri. Air mata saya menitis setitik demi sedetik di depan PC. Saya rindu sangat2. Inilah ketenangan yang saya amat rindui yang tidak boleh dibuat secara meditasi. Ketenangan yang ajaib ini hanya dirasai apabila kita berada di KOTA Mekah dan Madinah. Walaupun beribu manusia di sana, namun kenikmatannya sukar ditandingi.


Ya Allah.. aku memohon kepadaMU, semoga Kau menjemput diri ku dan suami ku kesana kembali sebagai TetamuMU. Kami rindu kekusyukan bersamaMU. Semoga Kau murahkan rezeki kami agar kami dapat ke sana. Amin.

 Apa yang saya impikan ialah pada masa tua saya, saya dan suami saya akan dapat ke sana pada setiap tahun pada bulan Ramadhan. Saya juga impikan untuk mati di sana. Impian begini bukan hanya goyang kaki saje kan.. Mereka yang bersusah payah akan dapat merasa kenikmatannya. Seperti mana susahnya saya pertama kali untuk ke sana ketika menjual rumah. Allah.. berilah daku petunjuk Ya Allah. 


Comments