Kursus Pengurusan Jenazah

Alhamdulillah.. dengan izin Allah, Allah mengizinkan diri saya untuk menghadiri kursus pengurusan jenazah yang pada dulunya amat saya takuti. Siapa tak takut jika dengar orang mati, mayat, kubur, kapan, etc. Saya bercakap pada suami saya, Alhamdulillah.. saya berani untuk mempelajarinya demi diri saya dan keluarga saya. Saya kata, lepas balik umrah dan lepas Opah meninggal, saya berani sket.

Saya bukan buang tebiat tapi saya ingin melakukan dan bersedia untuk memberi yang terbaik kepada ahli keluarga saya.  Ini semua sbb mendengar ceramah Ustaz Don gitu. Saya mahu tahu, apa yg saya perlu lakukan semasa orang itu sakit.. saat penghembusan nafas terakhir.. A-Z. Tapi takpe, Ustaz kata, kalau kita ada masuk Khairat kematian di satu kawasan, In Shaa Allah, segala peralatan dan perkakasan disediakan. 

Bak kata Ustaz, kehadiran anda semua Allah telah tentukan. Pasti ada sesuatu untuk diri anda semua di kemudian hari untuk dimanfaatkannya .Emmm... Terfikir2 juga.. untuk apa yer? Takpelah.. apa2 pun semoga sedikit ilmu yang dipelajari, saya boleh ingat dan memanfaatkannya.. Setakat sekali ambik kursus ni bukanlah boleh terus uruskan jenazah. Macam doktor, kalau dah buat banyak kali praktikal barulah qualified. Ini setakat belajar sekali kan. Tapi syukurlah.. ianya permulaan gitu. Saya harap suatu hari nanti, In Shaa Allah, saya dapat melakukan aktiviti sosial dalam pengurusan jenazah ini. Mungkin bila anak2 dah besar dan saya dan suami dah takde benda nak buat. Subhanallah.. saya tidak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang. Moga2 pada suatu hari nanti, pada hari tua saya, Allah memudahkan hidup saya.








Comments