Ilmu

In Shaa Allah, dengan izin Allah, dengan gerakan hati oleh Allah, semoga Allah mempermudahkan urusan saya untuk ke majlis ilmu ini. Semoga ilmu ini memanfaatkan diri saya.

Sebenarnya sudah lama saya ingin belajar ilmu pengurusan jenazah. Alhamdulillah, berbekalkan pengalaman menguruskan jenazah arwah Opah saya pd bulan Ogos tahun lepas, yang saya tiada ilmu langsung pada masa tu, sedikit sebanyak saya memahami situasi  yang sebenar. Takut.. blur.. blank.. semua ada. Hanya kasih sayang saya pada Opah yang menggerakkan saya untuk menyertai pengurusan jenazah Opah.

Niat saya untuk belajar ilmu ini ialah kerana Allah. Saya sedar yang saya akan menempuhi pengalaman kematian ahli keluarga saya.. kejap atau lambat.. saya pasti akan menempuhinya. Mungkin juga saya akan pergi dulu drpd mereka. Saya tahu saya akan sedih. Tapi kerana Allah, saya ingin mendakap mereka dengan penuh kasih sayang buat kali terakhir. Saya tahu kita semua akan menemui Allah kerana jalan utama untuk kita menemui pencipta kita ialah melalui kematian. 

Semoga Allah memudahkan saya ke Majlis Ilmu pada hari Sabtu ini. Niat saya juga, bila mengingatkan kematian, saya akan terus berbuat baik dan improve diri saya selagi saya masih hidup.  Sedikit sebanyak ilmu ini nanti saya akan tulis di dalam blog untuk perkongsian dan ingatan kita semua. In Shaa Allah... 



Comments