The Good Old Days

Dulu




Suatu ketika dahulu.. kami membesar bersama. Tanpa ibu bapa disisi.. kami anak2 remaja yg masih berhingus hidup sendiri menuntut ilmu dan menikmati kehidupan dengan berdikari demi menjadi insan yang berkaliber. Berjumpa dengan rakan2 yang sekepala, gelak ketawa dan sedih bersama, ia umpama sebuah keluarga yang sangat rapat  kerana batch utk program kami tak ramai mana. Kami mengenal erti cinta, kasih sayang, sahabat dan macam2 peristiwa . Begitulah agaknya Allah mendidik kita. Yang baik dijadikan teladan, dan yang tidak baik dijadikan sempadan. 

Teringat gelagat nakal2 kami yang pasti jika kami mempunyai anak2 seperti ini pasti kami tersangatlah susah hati. Aaaahhh itu dulu. Kami bertaubat, kami tidak buat lagi. Apa taknya, library yang baru itu kami seludup goreng pisang semasa study. Buat library mcm rumah kami sendiri. Yelah, bila last minute study dan ulangkaji. Buat assignments pun berkongsi.. hahahhaha. Jahat betul.. sebab tu lah TNB tak mengikat kami. Ooohh ada diantara kami, bukannya semua begini.. Ada yang sangat baik hati. 

Selepas grad, selepas kahwin.. kami semua membawa haluan masing2 bersama keluarga tercinta. Pengalaman di masa muda mematangkan kami dan kami meninggalkannya seribu kenangan suka dan duka. Bersosial bersama kawan2 tidak cukup masa kerana komitment keluarga. Anak dah bertambag dua tiga.. mana lah nak cukup masa. 

So, selepas almost 13 tahun selepas itu kami berjumpa. Semua atas desakan Azivik yang kami sangat sayangi mengajak kami meluangkan masa bersama. 


Sekarang - 2013




Kami sudah tua. Namun syukur Alhamdulillah.. Allah memanjangkan umur kami untuk bersua. Gelak ketawa  yang lalu menguasai suasana. Hampir menitis air mata melihat wajah sahabat-sahabat yang tetap sama. Tidak sedikit pun kisah-kisah duka di kepala hanya yang indah-indah belaka. Saya pula kontrol diri berjumpa bf lama. Aha.. takde apa2 pun. Syukur alhamdulillah.. masing2 semuanya sudah bekeluarga. Allah telah merancang yang terbaik untuk kita. Si dia dan pasangannya sangat sehati sejiwa.
Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, 
“Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”. 
Riwayat: Bukhari dan Muslim 
Sumber : Kitab Riyadh as-Solihin



I'm so blessed with my life now. Thanks to my Tok Laki yang melayan kerenah bininya yang lupa diri. Ok.. sampai di rumah, mode bertukar kembali. Sedar diri.. saya, suami dan empat orang anak lelaki. Tiada lagi jiwa remaja di dalam diri. Oooohhh I love my family!!!

p/s,
hasil coretan dan karangan yang suka hati. 





Comments