Sibuk


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (286) - Surah Al-Baqarah-

Anak berpassing passing baton sakit. Last sekali Erfan yang kelihatan teruk sket. Alhamdulillah, hari ini selsema dan batuk semua semakin pulih.

Ilham menulis menurun kerana bacaan berkurangan. Peruntukan masa saya hanyalah kepada komitment keluarga especially bila sesi persekolahan bermula.

Saya tak sabar menanti cuti. Walaupun saya sedar, cuti itu pun saya tetap sibuk. Tapi tidaklah sesibuk pada hari persekolahan apabila terpaksa menguruskan anak2 ke sekolah setiap pagi dan pada masa yang sama menyiapkan diri untuk ke pejabat untuk sampai sebelum pukul 8am.

Saya kena sabar. Saya kena terus berusaha. Teringat status kawan saya..
 Pesan mak saya: Kalau takut susah, susah nak senang! ;)

Saya sedar saya amat memerlukan bantuan mu Ya Allah.

Wa Min Yassir Wala Tu a'sir.

Sekian.

Comments