Motivasi Diri



Jika sebagai Pekerja kita kerja sedikit mungkin untuk mendapat sebanyak mungkin hidup akan sentiasa susah sehingga kita menukar tabiat dengan berbuat lebih dari yang di bayar.   
Going the extra mile adalah tabiat orang yang berjaya dunia dan akhirat. Mereka yang berkira dengan Allah dan makhluk Allah yang lain tidak akan disukai dan tidak akan tenang dan bahagia. Bahasa mereka ialah "ini bukan kerja saya...., buat apa kerja lebih sangat, buat apa baik sangat". Alangkah ruginya mereka ini kerana sentiasa sibuk melihat orang lain dan cuba mencari kesalahan orang untuk menutup kelemahan mereka. 
Setiap kali kita guna bahasa  yang tidak elok kesannya akan kembali kepada kita sendiri. Hari ini niat hendak fikir perkara yang baik, ada perasaan baik dan buat baik. Tanya diri, kita yang bertanggungjawab atas diri kita atau biarkan keadaan menentukan perangai kita. Lihat keluarga kita dan syukur kita ada keluarga dan jangan marah-marah.
:: Refleksi Diri , pg 77, Prof Dr Muhaya Hj Mohamad ::

Comments