Mimpi



Malam tadi saya mimpi Opah. Opah ada kat rumahnya di Assam Kumbang, Taiping. Keadaan mcm hari raya.. ramai saudara mara, sepupu sepapat dan tiba2 muncul Opah. Dalam hati saya pada masa tu saya tahu Opah dah takde dan saya rasa gembira bila berjumpa Opah. Opah kelihatan bercahaya. Dia senyum dan tidak berkata2. Saya datang padanya dan peluk dan cium dia. Saya cium dahinya seperti mana saya ingat saya cium dahi dia semasa dia sedang nazak hari tu. Tiba2 Opah menghilang dalam keramaian orang. Itu saje yang saya ingat mimpi saya malam tadi.

Saya bangun tidur. Jam menunjukkan pukul 4.30 am. Saya sebak. Memori bersama Opah bermain di kepala saya. Saya teringat zaman kanak2 saya di rumah Opah. Lamanya saya tidak ke sana. Terus saya sedekah Al-Fatihah untuk Opah. Apa yg saya rasa seperti Opah masih hidup. Ya Allah.. semoga Opahku berbahagia di sana. 

Comments