Ilmu itu luas


Alhamdulillah. Terima kasih IKIM. Sejak IKIM memperkenalkan saya dengan Syeikh Dr Mahmoud Al-Mahlani, seorang penceramah drpd Madinah, yang berceramah dalam bahasa Arab dan pembantu translatornya Ustaz Rahmat, saya pasti akan ternganga teruja. Kata2nya buatkan saya tidak boleh nak salin semula apa yang diperkatakannya sbb terlalu best dan yang pasti saya dapat something di hati yang saya kena bersungguh2 dalam beribadah kepada Allah dan menyanjungi Rasulullah SAW. Sebab saya rasa saya tak hebat, maka Rasullullah ialah nabi kita yang dapat memberi rahmat kepada diri kita kelak di akhirat.  Selalunya saya akan dengar ceramah2 ni masa buat kerja time checking data. 

Apa pun tajuk yang diberikan, janji drpd Syeiikh ini pasti saya akan dengar. Saya akan save dan dengar banyak kali sbb Syeikh ini banyak ilmu dan banyak tips utk dikongsi bersama. Tadi masa rehat saya cuba salin doa-doa yang dibacakan. Cepat sangat. Saya plan nak bina skrip doa untuk jadikan amalan saya. Nak masukkan doa-doa Syeikh ini. Bagi saya Syeikh ini ialah insan yang sangat berilmu dan sangat humble. 

Syeikh Mahmoad memang pakar dalam bab Rasulullah S.A.W. Setiap kali ceramahnya dia highlight kehebatan Nur Muhammad.. Nur Rasulullah.  Banyak amalan2 orang Madinah zaman dulu dikongsikan. Beliau selalu tekankan dalam ceramahnya, ilmu manusia itu skkkeeet sangat. Maybe  tak sampai 2% nak dibandingkan dgn ilmu Allah. Itu dia. Yang saya ni orang biasa2 nak bandingkan ngan Syeikh plak, saya rasa zero or negative. Adoi.. hinanya. 

Saya pernah dengar ceramah lain yang mengatakan Salawat Al-Syifa itu jangan dibaca. Sbb dalam doa itu seolah2 mengatakan Rasulullah yang menyembuhkan penyakit. Bab ni Ustaz Harun Din kena. Hhmm..Bukankah Ustaz Harun Din yang pernah memasuki Kaabah itu pernah bermimpi ttg Rasulullah dan memasuki kaabah itu dan neliau merupakan salah seorang alim ulama di Malaysia. Ada yang mengatakan Ustaz Harun Din kena bertaubat. Astagfirullahalazim. Search lah kisah dan isu tentang kekeliruan Salawat Syifa . Ada orang skrang mempertikaikan juga amalan2 yang tidak pernah di buat oleh Nabi dan di buat oleh kita dan sekiranya begitu akan menjadi bidaah. Berdosa dan masuk neraka. Rumit.. dan sangat rumit kalau nak dikaji dgn banyak benda. Tidakkah senario ini menyebabkan orang menjauhi Islam? Rumit sangat. Itu tak boleh..ini tak boleh. Ada yang kata, orang dulu2 terlalu fanatik pada Nabi sehingga memuja Nabi dan bukan Allah. 

Astagfirullah. Subhanallah. Ya Allah berilah aku petunjuk dan berilah aku ilmu yang berguna. Jauhilah aku daripada perkara yang memudaratkan diri ku. 

Saya dengar ceramah di atas. Itu baru Harun Din, Imam Syafie yg hebat pun pernah kena fitnah yang dikatakan ajarannya salah sbb dia tidak highlightkan jika orang tu tinggal solat, orang tu kafir. Imam Syafie tidak melabelkan begitu dan ada segelintir orang yg fanatik itu marah. Masya'Allah. Betullah, Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia menerima taubat semua hambanya. Dalam mengajak orang disekeliling kita menyembah Allah, kita kena sabar dan bukan terus menghukum orang bila melihat seseorang melakukan kesalahan. Saya mula termenung sejenak. Hmm.. sememangnya tujuan dan niat itu penting. Allah saje yang tahu ttg niat sebenar kita kan walaupun di mata manusia nampak lain. Apa pun saya pesan diri saya juga.. "Lillahi Taala".

Saya inspire dengan kata2 Syeikh Mahmoud. Beliau menjelaskan dalam ceramahnya, Nabi Muhammad SAW itu adalah Rahmat. Sesiapa yang ingin mengetuk pintu Allah tanpa sinar Rasulullah, Allah takkan membukanya.  Bacalah Surah Anbiya katanya dan kita akan mendapat keajaiban drpdnya. Yes, saya nak study ayat ini seperti yang diperkatakan oleh Syeikh.

Salah satu dalam ayat dalam surah Anbiya yg dihighlight oleh Syeikh nak bagitahu bahawa Rasulullah itu pembawa Rahmat sampaikan Nabi2 dulu pun memohon sinar Rasulullah semoga ditempatkan persama golongan solihin.
"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.  (Ayat 107)"

Saya dapat rasakan kekerdilan diri saya. Saya dapat merasakan cukupkah saya untuk menuntut ilmu mengenal Allah dalam usia saya yang pendek ini. Tak termampu saya. Nak menghafal Al-Quran pun subhanallah.. bolehkah saya? Kita semua mengharapkan syurganya di akhirat nanti. Bolehkan saya katakan 24 jam sehari pun saya rasa pack sangat. Uwaaa.. ya Allah.. tolonglah diriku. Permudahkanlah hidupku dengan petunjukmu. Aku memohon syurgamu bukan untuk diriku saje, tetapi anak2 ku.. suami ku, kaum keluargaku, saudara-maraku, kawan-kawanku, dan semua umat manusia. Maka saya sedar kenapa Rasulullah risau dengan keadaan umat akhir zaman. 

Saya akhiri karangan saya ini  dengan satu  kata2 yang saya tak ingat sumber drpd mana, kita kena menutup kebaikan kita seperti mana kita menutup keaiban kita. Reasonnya, pasti utk elak perasaan riya dan takbur. 

Comments