4 cukup?



Gambar: Di IOI Mall. Operasi nak beli baju sekolah. Memang jenuh. Mereka tidak fokus utk try baju2. Fikiran mereka hanya dengan tpt permainan dan main. Nasib baiklah tak ramai orang jadi saya bleh fokus jugaklah budak2 ni. Actually hari ini ada Aeon Member's Sale, so saya dah susun2 dan inform salesgirl semua hari Selasa malam lepas dan hari ini suami saya hanya ambik dan bayar. Lagipun hari ini dapat vchr. Kalau bawak budak2 hari ini confirm derang taknak kerjasama kerana ramaiiiii orang. Mesti sibuk nakk balik. 

Agak rumit skrang bila nak pegi jalan2 dgn 4 hero. Tapi Hif bleh jaga 3 hero abangnya sbb lagipun Firman dan Ryan dah besar. Kot yg selalu lari sana sini ialah Emran. Mcm Erfan, saya kena jaga sbb dia masih baby. Kot nak buang air besar dan kecil.. nak susu.. mama dialah of course. 

Skrang ni mmg fikir cukuplah 4 orang. Saya tak kisah tak dapat anak perempuan pun. Walaupun orang kata, nanti sapa nak jaga kita masa tua. Ada anak perempuan senang. It's ok. Fokus saya skrang nak mendidik 4 org anak saya sebaik mungkin. Mereka perlukan kasih sayang. Kesian gak kat budak2. Saya percaya kepada ALLAH. Allah lebih tahu apa yg saya tidak tahu.

Kenapa saya rasa cukup? Sbb saya rasa diri saya tidak ada masa. Mungkin sbb saya tidak ada maid. Mungkin sbb Erfan masih baby? Mungkin anak2 saya semua lelaki, masih kecil dan mereka lasak. Saya redo. Saya berdoa semoga Allah memudahkan urusan saya. Jika Allah nak bagi anak kepada saya, saya tahu Allah tahu saya boleh melakukannya. 

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah Ayat 286)




Comments

  1. anak-anak tengah membesar ni memang le rasa kelam kabut sikit...semoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Angah yg sangat memahami. Amin.. amin..

    ReplyDelete

Post a Comment