Ya Allah.. Selamatkanlah mereka

Sedih sebenarnya. Bila difikirkan diri kita di Malaysia ini senang. Bangun pagi hanya fikirkan nak membuat daily tugasan sebagai ibu dan isteri. Apa lagi saya buat? Cukup bulan sibuk list down keperluan dan pergi groceries. Adik ku nak kahwin, sibuk la nak arrange schedule, pakaian nak dipakai satu keluarga, etc. Dah la nak kahwin, Ryan plan ada graduation day. Itu urusan minggu depan. Tu pun rasa sangat adventurous. Tak termasuk lagi list down 2 orang anak nak sekolah, beli baju2, daftar sekolah agama, etc. Tarik nafas hembus.. 

Hati saya sangaaat tak sedap hati. Browse internet. Hahahha.. intenet kata kot ada jin la dalam badan. Saya pun baca satu persatu. 

1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas. 
2) Badan terasa berat dan malas. 
3) Sukar mendapat jodoh. 
4) Badan terasa bisa-bisa. 
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam. 
7) Sakit pinggang tanpa sebab. 
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

Haih. Sebenarnya kan mula2 dah nak takut dah. Macam ade je salah satu yang terkena. Manalah tau kan. Tapi bila fikir ketakutan dan kesengsaraan rakyat Palestine yang perasaan mereka lagi dasyat, hati saya boleh menangkis kisah ketakutan yang dikatakan JIN itu. Ada kata sbb selalu selsema pun akibat gangguan jin. Hhhmm.. saya sebenarnya kalau orang bagi huraian tentang sains atau disebabkan mistik ni, saya tetap boleh terima. Ape2 jela sbb saya tau jin pun makhluk Allah. Tapi saya tau.. kalau perasaan kita sentiasa mengingati Allah, Insya'Allah semuanya akan selamat.

Kalau kita sibuk menyiapkan diri anak2 kita dengan ilmu pendidikan untuk success pada masa depan tetapi cuba kita fikirkan bagaimana parents masyarakat Palestine mendidik anak2 mereka. Sudah pasti ilmu yg dibekalkan ialah keberanian dan bedikari dan ilmu tauhid kepada ALLAH. Saya sedang half way baca buku Gadis Kecil di Pinggir Gaza dan perasaan saya sangat berbeza memikirkan kisah budak yang bernama Palestine ini. Ayat lebih kurang yg masih ingat di kepala saya.. "Bapa saya bagitahu jika negara kita sudah aman maksudnya dunia sudah hampir kiamat". Tapi tula, sanggup dan tergamak kita berdiam diri melihat kekejaman Israel. Sedihkan melihat budak2 kecil yang tidak berdosa mati secara ngeri. Uwaaaa... Saya insaf.






Sama2lah kita membaca Qunut Nazilah ditujukan kepada masyarakat Islam kita di sana.

"Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka. Ya Allah, leburkan kumpulan mereka, kacau bilaukan kesatuan mereka, cerai beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjng-anjing Kamu ke atas mereka. Wahai Tuhan yang Maha Gagah, Wahai Tuhan yang Maha Perkasa, Wahai Tuhan yang bersifat murka. Ya Allah.. Ya Allah.
Wahai Tuhan yang menurunkan al-Quran. Wahai Tuhan yang menggerakkan awan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkan mereka, menangkan kami atas mereka.

Amin Ya Rabbal A'lamin.

Comments