Tersentuh

Saya tersentuh dgn status FB Dr Zainur Rashid.


Kenapa tak boleh ?
Saya tidak memahami akan kenapa arwah abah dan emak agak 'menyekat' kami adik beradik daripada membesar dengan kemewahan dan kemanjaan miski pun mereka mempunyai harta yang lebih dan mencukupi untuk kami hidup dengan 'lebih selesa' daripada masyarakat sekeliling di kampung. 
Rupa-rupanya kepayahan dan 'sekatan' yang diiringi kasih sayang inilah yang banyak membentuk kami agar 
berjaya menjadi 'manusia' yang agak 'berbeza' daripada suasana sekeliling.
Ramai generasi arwah abah dan emak yang berjaya mendidik anak-anak mereka berdasarkan formula didikan Islam yang 'simple' miskipun mereka sendiri tidaklah berpendidikan setinggi mana di zaman mereka jika dibandingkan dengan ibu ayah di zaman ini.
Saya membuat kesimpulan bahawa formula mendidik anak-anak dengan kemanjaan dan kasih-sayang harus diaduni secukupnya dengan ketegasan dan 'susah-payah' agar mereka memiliki jati diri yang tinggi dan ketahanan jiwa untuk meredahi apa jua cabaran hidup di masa depan.
Ku doakan untuk arwah abah dan emak dan generasi mereka yang telah pergi. Semoga dikurniakan Syurga Firdausi bersama para syuhada', siddiqin dan para solihin. Amin, Ya Rabbal aalamin....


Saya berdoa semoga saya tabah dalam membesarkan anak-anak saya menjadi manusia yang berjaya di dunia dan aakhirat. 

Comments