*Peace*





Gambar2 nie hanya Firman je yang tak buat peace yer. Hahahah. Kebetulan saya belek handphone tgk gambar budak2 ni sukala buat peace. Sampai Erfan pun pandai ek. 

Semua orang hairan dan wondering cemanala saya handle anak2 saya yang kesemuanya lelaki. Ntahlah. Ia tidaklah mudah spt yg dilihat. Lelaki tetap lelaki. Kerenah anak2 lelaki mmg lain drpd anak2 perempuan. Ada anak2 yang baik je.. ada anak2 yang aktif mcm anak saya. Saya terima kritikan dan apa saje orang nak cakap pasal anak2 saya. Tapi anak tetap anak, apa saje kelemahan anak saya terima dengan redo. 

Kata-kata Prof Muhaya menarik perhatian saya...
"Orang puji kita tak suka, Orang keji kita tak marah. Itulah niat keikhlasan kerana Allah"

Allah menganugerahkan kita anak2. Ada tanya saya, taknak try lagi ke anak perempuan. Saya senyum. Buat masa ni, saya tidak terfikir lagi. Kalau Allah ingin memberinya, saya terima dan berusaha untuk menjaga mereka. Allah memberikan saya ujian menjaga 4 orang lelaki. Saya tak boleh fail. Saya kena didik mereka mengenal Allah. Namun saya kena didik saya dulu.. Saya pun tak berapa bagus. Kena banyak belajar.

Anak2 mengajar saya erti hidup dan berfikir. Tanpa mereka, saya tak belajar apa2. Banyak hikmah yang saya perolehi dengan adanya mereka. Itulah ujian Allah pada saya selagi saya hidup di muka bumi ini. Terima kasih Allah. Saya akan menjaga mereka sebaik mungkin. Berilah aku kekuatan Ya Allah... Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin..

Comments