Kawan saya pergi Haji


Saya sebak. Saya terharu. Allah telah menjemput sorang kawan saya untuk pergi Haji pada tahun ini. Kawan saya ini ialah senior saya masa di kolej dulu. Saya nampak suratnya yg terpapar di FB. 

Saya meneliti suratnya. 20 hari? Ehh bukan selalu pakej haji 40 hari. Ooohh baru saya tahu, ia bergantung kepada pakej yang di ambil. Lantas saya meneliti website TH Travel. Wahhh.. pakej yang kawan saya ni ambil dalam RM70k. Syukur.. syukur...Murahnya rezekinya.

Saya tidak memandang orang mengambil pakej itu murah atau mahal. Hanya bila saya melihat seseorang dapat ke sana, saya sangat kagum. Bagi saya, untuk ke sana sememangnya atas jemputan Allah. Allah mengizinkannya mempunyai duit yg berlebihan untuk ke sana. Ada yang pergi ke sana dengan pakej Muahassasah. Namun pakej ini sangatlah terhad kerana terpaksa menunggu giliran. 

Berapa ramai orang yg nak pegi ke sana tetapi tidak mendapat tempat dan peluang. Ada yg terpaksa menunggu dari tahun ke tahun tetapi tidak juga diizinkannya pergi. Ada juga yang kaya raya tetapi tidak terbuka hati untuk ke sana. Masya'allah. Allah yang mengatur semua apa yg ada di bumi dan Allah yang Maha Berkuasa.


Namun saya kagum ngan kawan saya ini sbb dia sanggup berusaha untuk pergi ke Mekah dgn kos yang sangat mahal. Dia baru saje menunaikan umrah pada awal tahun lalu.  Dia seorang yg biasa2 saje sebenonya. Tapi saya tahu, dia tidak kisah dengan wang ringgit. Saya juga dapat rasa, bukan kemewahan hotel yang dia inginkan. Tetapi... niat utk ke sana. Lagipun, apabila sudah berada di sana, berapa masa sangatlah untuk kita berada di hotel. Semoga Allah mempermudahkan urusan kawan saya ini dan semoga dia memperolehi haji Mabrur.

Semoga suatu hari nanti saya dapat ke sana. Amin.. amin.

Comments

  1. sepupu aku pegi buat haji jgk thn ni... dia pegi pakai visa UK. 16 hari jer jemaah dr sana buat haji.

    ReplyDelete
  2. bertuah nya... Yang TH buat utk 16 hari seratus ribu. Akhir zaman nanti, mmg susah nak pi sbb kos nak pegi sana sangat mahal. Jadi mcm ni lah.. Nak pi cepat kenalah pi ikut travel agency yg mahal. Huhuhuh.

    ReplyDelete

Post a Comment