Doa

Something to ponder.
Sedutan drpd blog Alif Ba Ta - Travelog Haji 2011


Seorang sahabat saya menasihatkan saya untuk sentiasa mendoakan untuk orang lain. Apabila kita mendoakan sesuatu kepada oran lain, para malaikat akan mendoakan kita perkara yang sama sebanyak 10 kali. Dan doa para malaikat adalah lebih mustajab berbanding doa kita sendiri. Itulah sebabnya, saya tidak kisah mendoakan untuk para sahabat saya.
Sebab itulah saya betul betul tak kisah sekiranya ada orang yang menghantar doa yang panjang kepada saya. Lagi banyak saya mendoakan untuk dia, lagi banyak para malaikat mendoakan saya. Saya rasa, itu tawaran yang baik untuk kedua dua pihak. Kita semua mendapat manfaat yang sama. Win-win situation.

Semasa saya mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Shamsuri, beliau menjelaskan:
"Tiada hijab doa seorang sahabat kepada sahabat yang lain selagi doa itu tidak diketahui oleh orang yang didoakan itu"
Inilah kuasa doa. Doa untuk para sahabat teramat mustajab. Sekiranya anda ada hajat, dan amat mengharapkan hajat itu. Doakan hajat itu kepada sahabat sahabat anda, insya Allah, Allah akan kabulkan untuk anda sekali.


Best baca petikan ini. Saya bersemangat dan terasa nak berdoa. Tapi nak berdoa kat orang kena fikir yang baik2 dulu. Janganlah selfish. Jangan kita fikir nak doa anak dapat 5A UPSR, kita nak doa utk anak kita je. Baik kita doa untuk semua orang. Anak2 sedara kita dan kawan2 anak2 kita. Semoga semuanya berjaya. Kan..

Hhhmmm.. hati saya berbisik2 gitu. Banyak benda yang saya sedang berfikir. Antaranya, sentiasa berprasangka baik dan fikir yang baik-baik saje. Kedua, sentiasa memberi dan share tanpa mengira nak dapat return atau pujian orang. Ketiga, sayang Allah dan pastikan ada masa untukNYA dan pastinya Allah akan memberi masa utk kita. Keempat, doa.. doa.. doa.. Kelima, kerana Allah.. kerana Allah.


Saya tak tahu nak eloborate cemana.. tapi ada satu perkara yang bergolak di kepala saya yang saya malas nak pk. Kalau dulu saya terasa nak list down ttg perkara2 dunia. Fikir education anak2, fikir nak belajar master la.. fikir nak beli kereta, fikir nak beli beli rumah, etc. Banyak benda yang saya pasti sukar dan mustahil nak achieve. Umur dah 35 tahun.. ntahla. Tapi bila saya digerakkan hati membaca blog di atas, saya sedar saya kena buat satu list doa. Tulis dan berdoa kepada Allah.

Banyak bacaan2 yang saya baca ialah berdoa. Anything yang kita inginkan dalam hidup pastikan ada related dgn ISLAM dan pastinya akhirat. Jauhi drpd sifat riyak dan bangga diri. Percayalah Allah Yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang. 

Oohh yer lagi satu. Allah suka kalau kita bersusah payah dan memudahkan urusan orang. Tolonglah orang. Jangan fikir mereka menyusahkan kita. Sebabnya bila kita suka tolong orang, Insya'Allah Allah akan mudahkan urusan kita. Susah payah bagi saya ialah.. hahahah.. pengalaman saya menjadi ibu ni lah. Jangan pandang laki kita tak buat kerja. Tgk dia balik kerja penat dan tgk tv. Mulalah muka masam. Ehhh saya belajar ni tau. Bukan senang nak buang perasaaan tension ni tau. Ooohh dah 10 tahun ok. Dah takde perasaan selfish dah, Insya'Allah. Sila lah tgk tv. Takpe.. takpe.. I buat. Lama2 kan.. jangan risau.. suami saya pasti tolong saya semula. Tgk anak.. mandikan anak. Dia tgk saya penat, jadi dia tolonglah saya. So, orang2 yang muda baru kahwin ni jangan berkira sangat tau buat kerja rumah. Jangan mengomel itu ini sbb saya dulu pun begitu dan lepas tu saya belajar, buat kerana Allah. Alhamdulillah.. Allah mudahkan urusan saya. 

Semua itu drpd siapa?  Drpd Allah. Itu sahe buat hari ini. Nanti fikir lagi...

Comments