Pra Sekolah

Kalau anda duduk di area  Bandar Kinrara or Bandar Puchong Jaya dan ingin menghantar anak anda ke Pre-School, banyak sekolah yang anda boleh pilih. Namun inilah pengalaman saya dalam membesarkan anak2 saya dan menghantar mereka ke pra sekolah. Saya hanya mempunyai 2 pengalaman saje iaitu Real Kids@CEC dan Genius Aulad. Kalau ikutkan saya suka RK. Sangat suka. Saya sangat berterima kasih kepada guru-guru yang mengajar anak2 saya sehingga anak2 saya pandai membaca. 


Firman bermula di CEC sejak tahun 2007 - 2009. Lihatlah di atas, Teacher Sally guru kelas nya masa 4 tahun dan Teacher Thilla guru kelasnya semasa 6 tahun. Bagi saya guru2 di sana sangat best, caring, loving, dan dedicated. Bukan itu saje, semua procedure di sekolah sangat teratur dan sistematik. Saya suka. Yang best, sekolah ini ada swimming pool dan Firman hanya belajar berenang di situ dan sangat confident berenang sehingga sekarang.  CEC@RK berjaya menghasilkan student yang mempunyai confident level yang tinggi. 


Ryan sempat bersekolah selama setahun di CEC@Real Kids. Apa yg boleh saya katakan, Firman dan Ryan sangat berbeza dari segi penerimaan pembelajarannya. Masing2 ada kebolehan tersendiri. Result daripada CEC@RK, dia seorang yang sangat berani, outspoken, fasih berbahasa English, boleh menonton movie in English, senang mesra dan mudah mendapat kawan. But honestly, bacaannya still merangkak2 walaupun sudah berusia 6 tahun. Cikgunya banyak emphasize ttg itu. Salah sekolah? Tidak. Apabila Firman dah meningkat ke Darjah 1, dia fasih membaca. Alhamdulillah. 

CEC@RK, tidak ramai Melayu. Tapi masa Firman ada ramai juga student Melayu dan mereka mempunyai kelas Agama. Mereka belajar alif ba ta, doa2 dan jawi. Bagi saya okla. Di samping itu mereka juga belajar Mandarin tetapi Firman susah nak catch up subject ni. Dia tak minat. Semasa zaman Ryan pula hanya ada 2 orang saje pelajar Melayu untuk umur 4 tahun. 

Bukan saya nak puji Ryan. Syukur Alhamdulillah dengan kurnian Allah. Tetapi dia mempunyai kelebihan yang berbeza drpd Abangnya. Pada umur 2 1/2 dia sudah mengenal ABC. Maybe semasa saya mengajar Firman, dia belajar sekali dalam diam.  So, apabila dia masuk ke CEC@RK, dia tidak ada masalah tentang mengenal huruf. In fact, dia kenal nombor2 dalam Mandarin. Huruf2 Jawi juga dia kenal. Cikgu yang sama mengajar Firman pada umur 4 tahun, turut mengajar Ryan pada masa tu. Ryan dikenali di kalangan cikgu2 nya sebab adik Firman. Cikgu2 di RK pada masa tu sangat suka Ryan sbb SMART katanya. Apa2 pun, syukur Alhamdulillah. Saya sangat miss RK Puchong Jaya. 




Genius Aulad memulakan sesi persekolahan pertamanya di area BK pada tahun 2011. Kenapa saya memindahkan Ryan ke sini? Bukan sbb CEC@RK tidak bagus tetapi saya memilih untuk menerapkan ilmu agama kepadanya. Minta maaf kepada pihak GA, sebenarnya banyak juga kelemahan yang saya dapati tetapi saya menerimanya kerana sekolah itu Tahun Pertama. Saya redo. Banyak juga rungutan Ryan tetapi satu dia suka di situ sebab ramai MELAYU so tak susah dia nak berkomunikasi. Ryan plak jenis yang suka cerita in detail so saya boleh tahu kekurangan dan kelebihan mgmt di situ. Itu tahun pertama. Namun saya bersyukur kerana Ryan dah boleh membaca pada usia 5 tahun. DIa juga sudah lancar membaca Iqra', menghafal surah2 pendek dan doa2 khas.  Alhamdulillah pada tahun ke 2, GA di BK ini banyak berubah. Saya dapati banyak procedure dia makin teratur. 

GA melancarkan online result melalui computer yang boleh dilihat di www.geniusaulad.com.my. Bagus. Kita boleh check yuran bulanan dah byr ke belum, attendance, prestasi pembelajarannya di kelas, etc. Bagusnya GA, dia takde exam so bagi saya Ryan tak pressure. 

So far pencapaian Ryan selain drpd pandai membaca, saya bangga kerana byk surah2 Al-Quran dia sudah pandai menghafalnya. Selain itu, dia juga boleh solat sendiri dan sudah tahu 5 waktu solat. Oklah kebolehan ini pada usianya begini. Nak dibandingkan dengan saya dulu, sangatlah kurang. Namun saya berdoa supaya anak2 saya terang hati mereka untuk menuntut ilmu. 

Setelah banyak membaca dan mengkaji proses pendidikan anak, saya tidak mahulah terlalu fanatik dan memaksa anak2 saya untuk terlalu menjadi yg terbaik di sekolah. Periksa kena dapat no.1 .. top 10.. etc. Ntahlah, saya kalau boleh nak la kan. Siapa taknak. Tapi acuan Papa mereka ialah.. ajar anak mengenal hidup. Jangan pandai tapi tak pandai untuk hidup. Saya pula mempunyai acuan turun temurun iaitu menuntut ilmu itu penting. Belajar kena score. Kalau tak pandai nanti nak jadi apa bila besar nanti? Oklah.. kita combine the acuan OK.

Saya percaya misi kita di dunia ini utk anak2 ialah seperti di bawah. Saya yakin inilah priority dan yang lain, Allah akan tolong dan permudahkan. Saya memohon begitu. Semoga Allah memudahkan urusan saya. Amin

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (132)  SURAH TAHA









Update: Fees Genius Aulad 2013



You can read my previous entry at this page:  Genius Aulad or Real Kids? 

Comments

  1. salam. i've been waiting for this update. :)

    hati makin berbelah bahagi. tidak pasti ingin hantar anak yg akan berusia 4 thn thn dpn di sekolah kawasan bandar kinrara/taman puncak jalil ini atau sekitarnya.

    buntu. realkids/cic/ga/lilcaliphs/krista/montessoribased argh.

    note: ada rasa sedih pula membaca contents entry ini.

    good luck boys! enjoy your adventures

    ReplyDelete
  2. Thank you PHat sue. Mana2 sekolah pun ok. MAna yang memudahkan.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment