Ada Masalah?

Saya ada something dalam hati yang saya ingin sangat nak share tetapi tak terkeluar. Tapi takper... saya nak kongsi something kepada semua dan sesiapa yang mencari di GOOGLE, saya ada masalah. Apa yang perlu saya buat?  Atau... tolongla saya... saya takde solution lagi!! Bantulah saya.. tolonglah saya... Apa yang perlu saya nak buat? Di sini saya bukan nak share something yang berbentuk MLM ke ape ker... Just bacalah ini.

Saya ambik sedutan drpd artikel dalam blog Prof Kamil.

Pernah dengar orang menulis, susah dan senang, sakit dan sihat, suka dan duka, cantik dan hodoh, kaya dan miskin serta pelbagai sifat yang berlawanan mempunyai nikmat yang sama?

Pada satu tahap, ia sesuatu yang sukar diterima. Apatah lagi untuk merasai perasaan tersebut. Mana mungkin lapar dan kenyang mempunyai nikmat yang sama.

Realitinya, bila manusia berduka, sakit, hodoh dan miskin maka ia lebih mudah untuk merayu dan merintih kepadaNya. Jika sifatnya berlawanan manusia akan lebih rileks, santai dan sedikit jauh daripada Allah SWT”.

Then saya membaca artikel seorang Usahawan Ayam.
Antara nasihat Lynn Razali kepada saya dalam bentuk amalan adalah:
1) Bangun melakukan qiamullail setiap malam. Berdoa kepada Allah disepertiga malam yang terakhir. Mohonlah kepada Allah pada waktu itu. Ia waktu yang amat mustajab.
2) Amalkan membaca Al Mathurat setiap pagi dan petang. Insya Allah, Allah akan mempermudahkan segala urusan kita didunia dan di akhirat.
3) Amalkan Solat Sunat Dhuha. Allah akan membuka jalan rezeki kepada kita dari pintu yang tidak disangka sangka.
4) Banyakkan Bersedekah. Allah akan gantikan apa yang kita berikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Bila saya hayati kesemua sumber-sumber ini, jawapannya ialah ALLAH. Buat je kan. Anggaplah kita takde cara lain lagi kita nak buat selain drpd buat perkara2 di atas. Allah sajelah yang kita ada.  Semoga kita semua memperolehi hidayah dan rahmat ALLAH. Saya cakap untuk diri saya...


p/s ... Al-kisah, RND group lagi satu hendak ditutup. Rakan2 sana diberi notis sebulan. Mereka adalah seramai 50 orang mungkin. Katanya hanya 16 orang saje diserap masuk ke group kami yg hanya dlm Cosmetic. Saya sedih. Bagaimana kalau saya jadi mereka. Bagaimana keadaan mereka yang ada keluarga? Ya Allah.. murahkan rezeki kawan-kawanku itu... yang kenal aku atau tidak. Permudahkanlah urusan mereka. Murahkan rezeki mereka Ya Allah. Aku mohon rahmatMU Ya Allah. Amin Ya Rabbal A'lamin. 

Comments

Post a Comment