Selamat tinggal Ramadhan


“Ya Allah! Janganlah Dikau jadikan puasa kali ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Dikau menetetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati bukan yang sia-sia"

Saya sebak. Saya rasa saya tak cukup amalan. Ramadan dah nak pergi. Saya rasa saya tak buat apa2 pun. Terasa mcm nak berpisah dgn boyfriend. Terasa mcm... tolong.. jangan pergi. Bagilah saya tempoh. Atau terasa mcm nyawa dah nak diambil tapi saya tak bersedia. Allah.. Allah. Dalam tempoh yg singkat ini saya hanya mohon rahmat Allah. Saya tak achieve bacaan Al-Quran saya. Saya fail! Saya berharap dapat menyambung lps Ramadhan. 

Adoi.. lagu Nora ni menyebakkan saya la plak. 

Saya ada 2 hari  lagi. Yer..malam ni malam jumaat. Moga malam ni saya mendapat ketenangan yang di cari. Saya nak mengadap Allah bersungguh2. Sbb Sabtu saya akan pulang ke kampung. Bila dah ramai orang, susah nak fokus. Saya nak bercakap dgn Allah pd malam ni. Moga Allah permudahkan ibadah saya pd malam ni.

Tahun ini saya akan ke Taiping dulu dan kemudian ke Kelantan. Straight seminggu perjalanan yang penuh adventure, saya pasti. Waduh!! Terasa malas nak packing. Kalau bleh rumah tu masuk dlm kereta, alangkah bestnya. Hahahah. Saya kena siapkan segala perkakas utk 6 orang. Daripada benda kecil spt butang baju belayu sehinggalah benda2 besar mcm susu, pampers, baju2, etc. Moga Allah permudahkan urusan saya esok. (Hhhmm kalau pakai Alphard ke best gak kan. Gantung je baju2 semua. Hahahha. Saya dah bengung!!!)

Oklah.. nantilah citer pasal Raya. Nak dapat mood Raya dulu.

Comments