Pemikiran


Kematian sememangnya membawa keinsafan kepada diri. Syukur alhamdulillah kerasa kesedaran itu. Mengenang Opah di alam sana, terkenang apa yang bakal berlaku kepada diri sendiri yang tidak tahu apa akan terjadi. Hanya Allah saje yang tahu.

Dalam masa yang sama, kisah kehidupan yang tidak lama ini ini juga menyebabkan perkahwinan adik lelaki saya terpaksa ditunda. Bukan kerana kematian Opah tetapi kerana Bapa kepada bakal adik ipar saya mengalami sakit leukemia. Siapa sangka. Semalam adik lelaki saya inform, bakal Bapa mertuanya mempunyai satu tahun lagi. Seram sejuk badan saya. Itu sign yang dia sudah tahu mengikut perkiraan doktor. Mungkin dengan kuasa Allah, jangka hayatnya lebih panjang berbanding dengan jangka hayat manusia yang sihat ini yang mungkin esok, lusa, sebulan... takut!!! Btw, pernikahan adik lelaki saya akan dijalankan dengan segera tetapi majlisnya mungkin akan diadakan pada tahun depan. 

Subhanallah. Astagfirullah. Saya sebenarnya sangat takut. Sekarang ni, memang saya sangat takut nak judge orang. Contohnya, semalam saya berbuka di Johnny's Restaurant di Summit. Nasib baik saya ABC (Allah Bagi Cuti), jadi saya rasa tidak kelam-kabut gitu. Maka saya bersetuju utk merealisasikan impian anak lelaki sulong saya utk berbuka di restoran kegemarannya. Sebenarnya memang sukar utk makan di luar dengan 4 orang anak terutamanya bila ada anak kecil. Namun, Allah permudahkan urusan saya sekeluarga semalam. Yang penting solat kena jaga. 

Semasa menunggu suami dan anak2 lelaki saya solat, saya melihat persekitaran. Suasana di situ dibingiti oleh nyanyian bergitar secara live oleh orang Islam. Mereka menyanyikan lagu Hari Raya dan pelbagai lagu2 lain. Sedap tapi saya sedih. Hati saya berbisik.. Bukankah minggu ini 10 terakhir Ramadhan. Kenapa yer mereka berhibur begitu? Saya bukanlah nak kata saya ni bagus sangat. Tidak. Saya juga jahil. Hati saya berkata, mungkin itulah caranya mereka mencari rezeki. Kesian mereka yg terpaksa berbisingan di shopping complex pada waktu magrib. Hati sayu saya meminta keampunan mereka. Maka teringat satu statement dalam Prof Kamil, KASIH SAYANG ALLAH melebihi KEMURKAANNYA. Moga Allah memberi mereka hidayah. 

Ntahla.. saya melatih diri saya tidak mahu judge orang. Mereka itu salah.. mereka tak pakai tudung.. berdosa.. Mempunyai sikap begitu saya merasakan diri saya macam bagus. Saya juga banyak dosa. SAya tidak tahu jika dosa-dosa dahulu Allah ampunkan ke belum. Dosa sekarang.. Dosa akan datang. Mustahil la kita takde dosa. Kalau Rasulullah sampai sakit kaki bertahajud kepada Allah, kita yang takde apa ni nak tunjuk bagus. Sedap je mulut nak cakap pasal orang tu dan orang ini tak betulkan. Astagfirullahalazim. 

Apabila melihat dan mendengar orang tu melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, saya imagine mereka di siksa di akhirat. Adakah saya nak kata.. padan muka ko. Dan saya dengan bangganya confidentla mcm bagus ni masuk syurga. Uwaa.. saya taknak.. saya taknak. Saya sayang semua orang. Membaca kisah siksaan di neraka yang sungguh dasyat sangat menginsafkan saya. Maka daripada itu saya sedar, kenapa Rasulullah sedih. 

Daripada senario ini, saya sedar kenapa kita digalakkan berdakwah. Sebenarnya, kita nak ajak semua orang masuk syurga. 

Syukur saya berjumpa dengan kata2 ini.  KASIH SAYANG ALLAH melebihi KEMURKAANNYA. Maka saya sedar.. Allah sangatlah Pemurah dan Maha Penyayang. Bukan apa, sepanjang minggu lepas hati saya sangatla takut. Takut Allah marah. Baru nak baca Quran, anak2 nak itu dan nak ini. Sampai hati saya berbisik.. Maafkan saya Ya Allah. Saya nak baca Quran tapi saya kena tengok anak2 ini. Saya kena menjalankan tugas saya sebagai ibu dan isteri juga. Takpela, pahala sket pun takpela sbb saya taknak mementingkan diri sendiri. Sampai macam tu saya berfikir. Maka bila saya nak tidur, saya membuku helaian sebuah buku dan terjumpa ayat di atas.. Saya nak menangis. Saya percaya, itu kata2 Allah pada saya. It's a feeling. 

Maka saya simpulkan, bukankah kalau kita nak berdakwah adalah lebih baik kita tegur secara penyayang. Be nice to everybody. Bukan dengan terus menghukum dan menegur dengan cara yang garang. Kenapa ko tak pakai tudung.. ko masuk neraka tau. KAlau bersembang tuh, seronok je cerita pasal salah orang dan hukum Allah.  Memanglah saya rasa, Allah dah menggariskan panduan hukuman mereka yang tidak menutup aurat di akhirat kelak. Tapi tula, saya rasa adalah baik kita ceritakan tentang baik2nya ttg Islam... awak pakai tudung cantik.. sweet. Bila Islam dah strong dalam diri saya pasti apa yang dilarang oleh Allah, dia akan tinggalkan. Apa2 pun statement ni saya cakap utk diri saya sendiri yang sangat jahil ni. 

Di luar sana, saya ada ramai lagi orang yang saya sangat sayang dan saya tidak mahu mereka disiksa di akhirat nanti. Saya membisik pada hati semoga berdoa kepada mereka dan bukan terus melabelkan mereka. Ntah2 at the end of the day, Allah mengampuni dosa-dosa mereka. Subhannallah...

Seorang komentar drpd blog Prof Kamil menceritakan topik yang lebih kurang sama. Masya'Allah.. Pencerahan untuk saya.

Asslm prof,

Teringat tazkirah d surau semalam….ada dua sebab kita beroleh syurga, pertama dengan rahmat Allah Swt dan yang kedua kerana syafaat dari Rasulullah…justeru usahlah berbangga dengan amalan kita yang belum pasti diterimaNya.


Comments