My Memories With Opah

 (September 1920 - 2 August 2012)
A small lady with an enormous heart and massive willpower

Bertolak ke Masjid Saidina Umar Al-Khatab di Bangsar untuk dimandi dan dikafankan
 
 Bapak mencium Opah..

 I will miss you, Pah..

 Opah attended my Graduation Day in year 2000

 Opah welcomed her new Cucu in the Family

 That's Opah.. she always busy when we came to her house at Assam Kumbang, Taiping.

 4 Months Ago.. She lived with Mak Long at Bangsar for almost 5 years after all her 11 children not allowed her to live alone in Taiping.

 In year 2010, Opah have admitted to the hospital for almost 3 times.

Year 1999 - I think this was the last family gathering with Opah in Taiping.

Di sinilah Opah bersemadi - Tanah Perkuburan Bukit Kiara.


Syukur alhamdulillah.. urusan pengkebumian Opah sangat mudah. Saya melalui pengalaman yang bermakna daripada awal hingga akhir melihat jenazah Opah. Pertama kali saya masuk ke bilik mandi jenazah, kafan dan akhir sekali proses di tanah perkuburan. Ia sungguh bermakna dan menginsafkan juga. 

Opah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 9.25am. Orang terakhir disisinya ialah Mama dan Bapak saya kerana kebetulan pada hari tuh Mama dan Bapak saya yg available dpt menjaga Opah. Bila saya dpt message daripada Bapak.."Opah dah takde" Saya redo. Saya syukur kerana saya dapat bersamanya 2 kali pada minggu itu walaupun keadaannya sangat tidak memuaskan. Apa yang menyedihkan saya ialah wajahnya yang totally berubah. Namun saya juga sedih kerana tidak melawatnya hampir setahun. Saya rindu dengan kata2 Opah dan nasihat Opah. 

Opah walaupun jasadnya lemah tetapi sehingga hari kematiannya, ia mempunyai ingatan yang sangat kuat. Untuk insan yg berumur begitu, ramai diantara mereka yang dah nyanyuk bagai. Terfikir apa amalan Opah yer? HHmm.. apa yg saya ingat, sepanjang hidupnya  mmg tidak pernah miss solat dan solatnya pasti diawal waktu. Masa kecik2 dulu kalau saya stay dekat rumah dia, dia pasti bangun seawal pukul 4 pagi untuk solat. Itu yg saya tahu ttg Opah. Namun proses ibadahnya hanya Allah saje yg tahu. Bagi saya, orang yang dijemput Allah pada bulan Ramadhan ini pastinya orang2 yang hebat yg sepanjang hidupnya banyak beribadah kepada Allah. Sukar saya nak mengungkapkan tentang mudahnya proses pengkebumian Opah dan sepanjang melalui pengalaman ini, hati saya berkata.. you deserve it! Mana taknya, melahirkan anak seramai 11 orang dan survive sehingga umur 92 tahun. Bak kata cousin saya, "ia sangat best kalau semua dosa2 Allah dah hapuskan sebelum masuk ke alam barzakh. Dan masa di alam ni hidupnya terang benderang. Ada yang dosa mereka dapat clear masa di alam barzakh sebelum ke alam akhirat". Mendengar kata2 cousin saya, saya berdoa semoga Opah bersih bila dia kembali ke alam kubur itu. Hanya Allah saje yang Maha Mengetahui kan...

Opah dah pergi dulu. Tak lama lagi giliran kita juga. Saya masih ingat kata2 dalam sebuah buku, "Kematian ialah satu cara untuk menemui Allah. Jadi berbahagialah.."  Inilah pengalaman pertama saya dan saya harap pengalaman pertama ini dapat menguatkan diri saya untuk melalui saat-saat yang bakal dihadapi pada masa akan datang. Saya tak tahu bila tapi saya harus bersedia. Namun saya harus bersedia untuk kematian diri saya. Kalau boleh saya nak seperti Opah. Jadi saya sedar, saya harus memperbanyakkan ibadah saya kepada Allah. Tiada jalan yang mudah untuk menemui kejayaan kecuali USAHA, SABAR dan tidak PUTUS ASA. 


Al-Fatihah untuk Opah. Tiada apa lagi yang Ja nak ucapkan kecuali kita semua dapat berjumpa di sana. AKHIRAT itu pasti. Itulah yang saya dengar pada masa talkin tempoh hari.

 

Comments

  1. mama dan papa area seberang jalan tu. Kejap je dah penuh pusara kat situ. Pusara mama betul2 at roundabout situ. Perasan x roundabout tu Ja?. Pusara papa pula selang satu pusara dengan ibu Rafidah Aziz. Merindui mereka yang telah pergi so badly :( :( :( Nak nak di pagi raya!

    ReplyDelete
  2. Roundabout tu perasan. OOo kat situ ke ena. Bestnya.. pusara mak bapak Ena kat situ dekat2 plak tu. Yelah Ena.. Ja pun masih rindu kat Opah ni. Memang berbeza hari raya tanpa mereka. Namun, Allah sangat sayang kepada mereka kan.. Al-Fatihah kepada mereka.

    ReplyDelete

Post a Comment