Dugaan


Setelah semua usaha dilakukan di rumah, nebulizer (ye saya ada machine nebu di rumah).. monitor ubat2an (rumah pun dah macam spital sbb drpd ubat demam, batuk, selsema.. semua ada kecuali antibiotik saje).. akhirnya saya terpaksa redokan Erfan bermalam di hospital. Inilah rekod anak2 yg umur terawal admitted ke hospital. Hhhmm.. kalau Erfan sejak umur seminggu la kot bermula dgn kisah jaundicenya.

Ooohh dugaan... dugaan. Saya terima dugaan ini dengan tenang, insya'ALLAH. Bermula dengan kematian Opah dan kemudian Erfan plak kena masuk spital. Tetiba terfikir tadi, adoii.. buruknya rekod attendance ku di office. Hari Isnin baru ini bermula dgn kereta tak boleh start sampai kena panggil AAM. Nasib baik berlaku di rumah. Kisahnya, bateri low sbb seminggu tak start. Then, kisah Erfan sakit la plak. Dah la cuti takde.. semalam ambil MC sbb kelmarin muka saya dah mcm zombie berjaga malam. Perkara pertama saya buat.. THANK YOU ALLAH sebab anugerahkan ku suami yang helpful dan penyayang. Mungkin inilah antara hikmah ALLAH nak bagi kepada kita supaya kita suami isteri bekerja satu pasukan. Dengan itu akan hadir kasih sayang yg tiada nilainya. Moga2 begitu.

Ingat pesanan SIL saya di KELANTAN. Ingat setiap dugaan ada rahsia. Apa yg berlaku semua atas rahmat ALLAH. Betul la apa dia kata. DIa sudah laluinya dan saya pasti benarlah kata2nya. Namun dalam hati saya berdoa, YA ALLAH.. ujilah daku dengan ujian yg aku mampu harungi.. jangan uji aku dgn keadaan yg tidak aku mampu.. 

Bukan senang bila anak sakit OK. Lebih2 lagi bila anak dah ramai. Ingat lagi pg semalam, sebelum nak htr Emran dan Erfan ke rumah bbsitter di Kg Berkat Puchong, saya ke klinik dulu. Pkl 7 pagi sudah bertolak. Cuaca pada pagi semalam hujan dan sudah pasti sampai di klinik juga hujan. Saya pun tak tahulah dapat semangat daripada mana. Pegang payung.. angkat Emran yg sedang tidur ke dlm stroller masuk dlm klinik. Then angkut Erfan plak masuk dalam carier. Challenging gitu. Masa muda2 dulu adalah bisikan2 negative eg. semua aku kena buat.. laki aku ni tak sayang aku ke.. dan bla bla bla. Now takde. Saya pegang prinsip.. buat kerana ALLAH. Syukur.. Allah permudahkan. 

Sebenarnya, banyak lagi perkara yg saya kena improve dalam diri saya. Semoga saya dapat melakukannya dgn tenang.

Twitter / ShamKamikaze: Hasbunallah wa nikmal wake

en.twitter.com/ShamKamikaze/status/193951763743772672Share
Hasbunallah wa nikmal wakeel - Cukuplah Allah bagiku dan Dialah sebaik2 penolong.

Comments