Syukur lah kita..

   
فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰن


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
 

Seronok saya membaca kisah-kisah kawan saya. Di Tweeter, di FB, blog, etc. Kerja baru, rumah baru, gaji baru, etc. Rata2 ALHAMDULILLAH… syukur kepada nikmat ALLAH. Kadang2 bila baca kisah2 mereka ternyata timbul sedikit kekurangan diri. Bestnya mereka dapat itu ini. Kita?? Hidup kita macam biasa saje. Ada timbul sedikit envy@jeolous. Astagfirullahalazim..Maka muhasabahlah diri saya…

Saya cuba taknak guna konsep pujuk hati sendiri. Ya, selama ini saya guna perkataan itu. Maka, selepas berkali2 saya baca kisah Puan Roza dalam blog dan buku travelognya dia sering mengungkapkan “Yang mana satu antara nikmat2 Allah yang hendak kamu dustakan?”

Saya tunduk. Saya pandang keliling saya. Apa yang kamu tidak cukup? Makan? Pakaian? Tempat tinggal? Ooohhh.. Cuba ingatkan kepada mereka yg susah dan miskin. Wai menceritakan kisah seorang jiran yang menjual nasi lemak yang mengidap penyakit cancer mempunyai 7 orang anak tetap bertabah bangun solat tahajud, tidur hanya 2 jam, memasak-menjual nasi lemak, redo dengan RM30 sehari,…. Saya menangis. Dia tetap bersyukur kerana dia harus membesarkan anak2nya. Apa yang Allah bagi kepada nya, kata Wai.. semua anak2 nya sangat baik dan tinggal plak di tepi masjid.

Why orang sering kaitkan kenikmatan Allah di dunia ini hanya dengan kekayaan saje kan? Dia memiliki kereta besar, rumah besar, etc. Saya inpire if mereka kaya dan mereka sentiasa mengingatkan kita tentang Allah sbb Allah yang memberi mereka kaya dengan izinnya. Sbb itu saya sering kaitkan dengan kakak idola saya. Apakah formulanya sbb saya nampak dia sangat mewah – tinggal di K*ya*gan Height, anak 7 org - 6 lelaki dan 1 girl, rumah ada swimming pool, kereta pun hat besar2 juga itu pun sbb saya nampak dia hantar anak2 dia sekolah masa dia tinggal di puchong dulu, dpt pi melancong oversea selalu, etc. Oh yer, suaminya owned syarikat airoplane yg saya rasa family business gitu. Dalam diam2 saya mengkaji. Satu yang saya perasaan.. kakak ini sangat humble. Tidak pernah cerita ttg baju2 dan barang2 yang sewaktu dengannya. Dia tak pernah tunjuk rumah dia tapi sbb dia selalu jemput kawan2 dia dtg rumah mereka yg tag. Kakak ni tak kerja tapi dia sangat baik hati jaga mak dan milnya. Kakak ini juga kahwin seawal 20 tahun dan mengamalkan cara hidup Islam yang sangat mulia. Bulan puasa dia mengajar anak2 pergi ke masjid dan aktiviti bersama anak2 yatim. Yang pasti, dengan amalan dan kebaikan hatinya Allah memudahkannya.

Satu teori yang datang dalam mind saya ialah  bila datang kesusahan dalam hidup ini.. face it. Face it dengan berdoa dan bergantung hati kepada Allah. Bagi saya, mempunyai perasaan itu membuatkan saya belajar mengenal Allah dan mendekatinya. Saya belajar untuk mendapatkan perhatian Allah dan memohon harapan kepadaNYA. Maka diri saya terasa kerdil. Inilah contoh yang saya lakukan yang sebenarnya saya tidak mampu menjaga 4 orang anak yang kesemuanya LELAKI. Tetapi saya sedar kenapa Allah memberi saya tugas yang berat ini. Saya sering menangis… bolehkah? Bolehkah?  Pelbagai dugaan saya tempuh  dengan bbsitter jauh, Saya percaya, Allah menolong saya. Saya beritahu diri saya, bukankah setiap kesulitan itu ada kemudahan. Buat saje kerana Allah. Maka hikmah yang saya dapat daripada situasi ini ialah ALLAH. Kata2 Ustaz Ebit hari ini di IKIM membuatkan saya sangat tenang.

Tiada yang kita punya. Semua milik ALLAH..Semua ALLAH bagi pinjam dan amanah. Sebelum dapat kita kata " YA ALLAH tolonglah,tak tahu nak buat macam mana..tolonglah..tolonglah..bila dapat kita kata saya yang buat. MANUSIA bila ditegakkan tulang belakangnya dia kata semua saya punya..Mana milik kita.tiada milik kita.semua milik ALLAH..Nabi SAW masa fatah Mekah dia masuk dengan kenderaan..tapi kepalanya tunduk dengan tangisan..semua sahabah menangis depan Kaabah sepanjang malam..Kami tak buat apa2 Ya ALLAH.Terima kasih Ya ALLAH kamu yang buat segala2nya..beginilah orang Islam bila berusaha siang hari macam harimau..malam hari menangis dan menafikan apa yang mereka buat..sebab tu bila dapat berita gembira kata segala puji hanya bagi ALLAH..BILA dapat kejayaan,kegemilangan,mereka kata kami takde apa2..semuanya dari ALLAH..Nabi SAW dan seluruh sahabah bagi nyawa,air mata,darah,perasaan,harta,masa,segalanya...Ya ALLAH ampunkan dosa kami kerana tiada dakwah,tiada usaha,tiada air mata,tiada darah, tiada doa untuk orang Islam dan bukan Islam.. Yang tinggal penghinaan kepada orang Islam dan kebencian/permusuhan kepada yang bukan Islam...itupun kami kata kami baik dan mulia..Ya ALLAH ampunkan dosa kami...malu kami nak jumpa Nabi SAW di akhirat nanti..ampunkan dosa kami..

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang yg terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, jangkanlah Engkau pikulkan  kepada kami apa yang kami tidak berdayanya. Maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah kami rahmat kepada kami.” Al-Baqarah ayat 286.

Nak baca surah Ar-Rahman. Semoga Allah bersihkan hati ini dan mengajar diri saya untuk sentiasa bersyukur. Amin.. amin.  

Comments

  1. Ja.. betul ja.. jadi kita jgn lupa berdoa semoga Allah kikis kecintaan dunia dalam diri.. Hidup di dunia kita untuk akhirat, kaya pun untuk akhirat... bkn utk kepuasan nafsu semata..

    Aku pun kdg kala terasa juga, kita pun manusia biasa. Tp terus terang cakap dulu ye aku pandang rumah orang besar, kereta besar, hati akan rasa kagum. Sekarang tak dah kut.. pandang begitu aje sebab aku rasa disebalik kesenangan tu dtg tanggungjawab yg besar juga... jadi aku tenangkan diri kita dari dutu tu jugak kan... kalau dulu tengok orang cantik2 vogue rasa woww.. skrg tak lagi.. hati pun tak rasa teringin.. skrg aku ckup jeles tengok org bertudung labuh berniqab.. sebab dalaman dia kuat dan aku tak sekuat dia... cuma skrg cuba setapak2..

    bila kita sandarkan segala sesuatu itu milik Allah, dan sandarkan yg aku ni Allah tak bagi sebab kekurangan diri, jadi redhalah.. Allah lindung aku dari harta kekayaan dan kesenangan dunia sebab agaknya kalau Allah bagi harta aku lagho agaknya. Ataupun Allah tak bagi sebab dia masih rindu nak dengar rintihan dan kerendahan hati memohon pada dia..

    Husnuzon pada Allah.. nak didik hati untuk tidak cinta dunia dan segala isinya.. menerima segala ujian sebagai satu cara membuktikan rasa cinta pada Allah.. ohh susah. susah kan.. InsyaAllah..

    aku sebenarnya seminggu dua ni macam beperang dgn diri sendiri. kdg masa kita buat sesuatu nait kita lurus. tp lama-lama jadi tak lurus. takutt sgt dipseongkan setelah melakukan.. kena kasi cuci bersih hati.. aku taknak hatta secuit pun rasa tak best. kalau aku mula rasa tak best, aku akan undur.

    Semoga Allah merahmati kita. Amin.

    p/s- lama tak berceloteh dgn ko...

    ReplyDelete
  2. Wan... tula lama tak celoteh ngan ko. Rindu kat hang. Kan Wan.. point yg ko terpikir sama ngan aku. Tula sbb kenapa Allah tak bagi kita mewahkan, sbb takut kita lalai. Mungkin ada orang tidak spt kita... mereka mewah tapi masih ingat Allah. Dan Allah tahu kemampuan mereka supaya dpt menolong orang lain plak. Dan apapun kekayaan yang Allah pinjamkan kepada kita sebentar di dunia ni bukan milik kita pun.

    Banyak benda aku masih jahil dan perlu belajar. Samalah, aku pun ada peperangan emosi dlm diri ini. Percerahannya sedikit sedikit Allah bagi. Kadang2 dengar kat ceramah, baca artikel kat FB, etc.

    ReplyDelete

Post a Comment