Puasa dah nak dekat


Credit to www.Alimkids.com


Hari ini  dah 20 Syaaban. Berdebar2 saya rasa menunggu Ramadhan. Saya sedang membuat checklist apa2 yang patut sepanjang Ramadhan ini yang meliputi:-

1. Senarai doa-doa  
2. Aktiviti ibadah sepanjang puasa 
3. Menu2 berbuka dan sahur
4. Schedule seharian saya
5.Schedule harian anak2 dan keluarga.

Target:-
1. Qatam Al-Quran seperti yg disarankan 4 helai mukasurat selepas solat bersama maknanya sekali.
2. Terawih
3. Solat2 sunat.

Saya nak avoid berbuka puasa di luar eg hotel sbb ini akan merumitkan saya utk solat Maghrib esp sebab anak2 saya yang ramai ini.

Biskut raya.. saya tak beli pun. Tengokla.. beli jelah kat supermarket. Baju raya... saya tak buat pun. Saya just pakai baju tahun2 dulu. Anak2 dan suami buat.. tu pun sebab sempena adik lelaki saya yang nak  kahwin tu terpaksa sedondon. Plan nak balik raya..hhhmm belum discuss lagi ngan Tok Laki.

Bagi saya it's OK nampak rutin semua sbb saya cuba taknak mensia-siakan seditik masa pada bulan Ramadhan kali ini. Perasaannya ialah seperti kita pergi Umrah di Mekah. Bayangkan kita ada 13 hari berada di sana.. yer bukan senang pun nak ke sana setelah berhempas pulas mencukupkan duit. Juga, kelapangan masa, rezeki dan kesihatan pada masa itu mungkin kita tak akan dapat peluang ini lagi pada masa akan datang.

Inilah masanya kita nak memohon maaf dan ampun dan taubat kepada Allah. Dosa saya banyak.. kalau Allah tak maafkan saya, siapa lagi nak maafkan. Hidup kita hanya sekali ini saje. Bekalan di dunia ini lah nak bawa ke Akhirat nanti. Bekalan di dalam kubur, bekalan di padang masyar, bekalan di suratulmustaqim.. masya'ALLAH. Saya ni bukan orang hebat2 nak dibandingkan dgn orang yang sangat hebat ttg Islam. Ustazah pun bukan. Jadi cemanalah esok keadaan saya yang kerdil dan miskin dan hina ini. Dan lah di dunia ini pun bukan orang hebat.

SO, Jom kawan-kawan kita memanfaatkan Ramadhan kali ini yang mungkin kali terakhir utk kita.

Comments