Misi bersama Al-Quran

Saya sedar, membaca Quran bukan sekadar baca. Baca Al-Quran hendaklah disertai dengan maknanya. Mula2 misi saya ingin menghabiskan 30 juzuq dalam tempoh sebulan. Yer.. saya masih mengekalan misi dan target saya ini. Cuma dah 3 hari puasa saya baru habis 1 juzuk. Utk achieve dan kejar lagi 2 juzuk saya rasa saya perlukan masa yg lebih utk mengejarnya. 

Menghabiskan 1 juzuk semalam sambil meriba Erfan mmg memberi kesan kepada saya. Mula2 saya fikir, cemana nak kejar ni, baru nak baca Erfan nangis. Bukan itu saje, peranan saya sebagai ibu di rumah mmg terhad juga. Maka, bila saya meriba dia.. saya rasa masalah saya selesai. Bagus juga membaca dengan Erfan, semoga kelak melekat ayat2 Quran dalam dirinya. Masya'Alllah. Maka saya rasa ada energy utk membacanya. Di tambah lagi saya bernekad, saya nak baca maknanya juga. Biar lambat takpe.. yang penting saya nak tahu apa yg Allah pesan kepada hambaNYA melalui Al-Quran ini. 

Masya'Allah.. Subhanallah.. ada certain2 ayat seperti memberitahu saya something walaupun ianya menceritakan ttg kisah lain. Allah remindkan kita suruh yakin kepadaNYA. Percayalah kepada kekuasaanNYA. Betul la kata Prof Muhaya, kita ni dalam kategori mana? Percaya baru Nampak or Nampak baru Percaya? Mostly kita ni kategori Nampak baru Percaya... Padahal.. Rukun2 Iman dan Islam suruh kita PERCAYA dulu gitu. 

Sekrang saya kena Percaya pada diri saya yang saya mampu habiskan 30  Juz Al-Quran pada bulan Ramadhan kali ini yg saya tak pernah buat sebelum ini. Episode Qatam Al-Quran saya yg lalu ialah darjah 2 iaitu pada tahun 1985. Apa yg harus dibanggakan pun.. baca tanpa tau makna. Baca tanpa amalan. Cukupkah sekadar berjaya qatam Al-Quran sekali seumur hidup padahal orang2 hebat dulu Qatam banyak kali Al-Quran mereka. Masya'ALLAH. Jahilnya saya.. 

Saya akan terus berjuang.. Insya'ALLAH. Semoga Allah permudahkannya.


Comments