"FREE"

Bukan Percuma tapi bila disusun awal huruf kesemua nama anak2 saya menjadi FREE. Erfan plak combination from 3 abang dan AN ialah kononnya trademark nama anak2. Aha.. semuanya hanya kebetulan. Tak pernah plan pun. Even nak anak 4 orang pun tak pernah plan. Kalau plan saya nak 2 girls dan 2 boys. Tapi saya sedar.. yang tentukan semuanya ialah ALLAH. Daripada jodoh, rezeki, mati, etc.. semuanya Allah sudah plan yang terbaik untuk kita.

Menjalani hidup bersama 4 orang anak lelaki dan seorang suami, yang kesemuanya LELAKI  di dalam rumah is not so bad lah. Saya selalu beritahu diri saya.. "You can do it Ja!!". Hakikatnya, perjalanan hidup setakat ini mengajar saya matang. Saya belajar untuk tidak PERFECT tapi yang penting kasih sayang. Rumah bersepah.. fine!! Apa Firman dapat no 24.. matematik 44... fine!!! Ooohhh Firman relapse lagi.. protein in urine dah leaking.. 4+.. Albumin low.. panik but sabar2 and lets do the appointment with Dr. Indon, Erfan demam..biasala lepas cucuk mmg demam kan, etc. 

Now saya tak berkira sangat dengan masa but of courselah my health kena jaga. If si Mama tak sihat siapa nak jaga kanak2 Ribena di rumah kan. Saya tidur latelty pkl 12-1am dan saya kena bangun dalam pkl 5am. 4 hours sleep should be OK. Saya terinspire dengan kisah seorang insan pada zaman  Rasulullah SAW, dia bahagikan 3 tugas dalam satu malam iaitu pertama jaga ibunya, beribadah kepada ALLAH dan tidur. So saya pegang kata2 ini.. BUKAN SENANG NAK SENANG. Saya kena bersabar dan berkorban. Yang penting mental dan emosi saya kena improve. 

So, betullah Prof Muhaya berkata.. rumah ialah ladang mengutip pahala kita. We can create our own syurga di dunia. Kita corakkan hidup kita.  Tapi nak membina syurga bukannya senang.. Ingat masuk syurga senang? Huhuhuh. Tidak cukup sekadar solat 5 waktu. Maka saya ni banyaklah benda yang kena belajar lagi dan lagi dan lagi. Bila kita dah berjaya 1 step.. kita kena increase ke 2nd step dan begitulah seterusnya seperti kisah Prof Kamil yang dia make sure dia pastikan solat subuhnya kenalah berjemaah di masjid. Dia tahu matlamat hidupnya.. dia create life diri dan keluarganya untuk mencapai level yang terbaik di akhirat kelak. Orang2 yg berjaya ni mereka  nampak akhirat dan mereka tidak membuang masa dan tidak mengenal penat. So, saya beritahu diri saya.. jangan merungut!!! Just do it!!!

Melihat gambar2 bawah ini.. saya terhibur dan bersyukur ALHAMDULILLAH. Namun saya beritahu pada diri saya semuanya ialah milik ALLAH. Allah boleh tarik bila2 masa saje. Pesan Prof Muhaya, jangan lupa ALLAH.. Insya'Allah Allah tidak melupakan kita. Allah mencampakkan kebahagian kepada kita tapi janji... jangan tinggal solat, jangan lupa tunaikan perintah ALLAH, doa banyak2, fikir positif..etc. Moga Istiqamah.. Amin.


Lets do it V.. Peace. Ooohh Emran.. masih belajar nak buat V. 

My eldest and handsome boy.  Dekat nak sama tinggi ngan Mama dah.

Terkejut sebab nampak flash. Tembam anak Mama.. 6.3kg now. Ingat dulu masa keluo 2.3kg saje.

Sian Firman. Dah relapse kali yg ke 2 tahun ni.  Kali ini dah besar dah tak takut ambik darah kan. Good Boy!
Syahdu tgk budak2 ni tidur... 

Emran sudah berambut pendek. Hensem tak?

Mine!!!

Comments