Dunia dan Akhirat

Lately macam2 perkara bermain di fikiran saya. Ianya antara urusan dunia dan akhirat. Bulan Ramadan, sudah semestinya saya ingin mengutip pahala semaksimum yang mungkin kerana sudah kita maklum setiap masa dan setiap saat pada bulan Ramadhan mempunyai pahala yang sangat besar. Namun, apa yg saya laluinya skrang ini, urusan dunia terpaksa diutamakan. Uwaa..

Contohnya apabila bangun pagi. Antara solat tahajud dan menggosok baju, mana yang perlu diutamakan?  OK, saya tahu ia solat sunat tapi bukankah Allah mengajak kita beribadah pada waktu malam. Kemudian, datang satu kata2 drpd status FB rakan saya..

Tanya Ustaz nak buat bnayk2 sbhyg sunat dia kata tak lehh... buat yang wajib 5 waktu yang tertinggal masa muda-muda dulu...adehhhhh jenuh ngira....apa boleh buat hutang tetap hutang....syurga tu mahal kan!!!

Hati saya jadi berdebar2. Saya rasa nak nangis. Banyaknya dosaku Ya Allah. Cemana ni?? Banyaknya saya tak dapat nak accomplish. Maka saya berazam pada diri saya.. OK fine Ja. Buat dua2.. Qada dan sunat. Bukankah Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Buat dengan ikhlas Ja... Lillahi Taala. Kita tak tahu Allah terima ke tak. Buat je.  Lemah saya sebenarnya. Jadi saya ambil keputusan membaca Al-Quran untuk menenangkan hati saya. Saya menunggu2 ayat2 makna Al-Quran yang dapat menenangkan hati saya.  

Dugaan saya kali ini banyak. Masa terutamanya. Hhhmm... statement yang paling suami saya tidak gemar ialah.. Takde masa.  Astagfirullahalazim.. Skrang ini co saya start pkl 7 am supaya staff bleh pulang awal 4.35pm. Utk kejar 7am, saya kena keluar rumah sebelum 6.10am sbb rumah bbsitter sangat jauh. Apa yg saya terpaksa buat, saya hanya sempat solat subuh sahaja yang ambil masa 5 minit. Sebelum itu jangan cakaplah, tugas bangun awal prepare sahur, etc. Oohh masa.. masa. 

Akhirnya saya came across these words from Quran drpd Surah Al-Imran'.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (190)

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (191)
Subhannallah.. Masya'Allah. Apa yang saya dapat drpd ayat ini sebenarnya ialah ibadah kita tak semestinya duduk di atas tikar sejadah 24 jam. Ingat Allah.. that's it. Buat kerja kerana Allah. Jaga suami dan anak2 kerana Allah. Banyak aktiviti boleh buat.. tidur juga ibadah tapi bukan tidur bernafsu hingga membuang masa tapi tidur dgn niat utk berehat supaya Allah membangunkan kita dengan keadaan yg sihat supaya dapat beribadah (I keep reminding myself!!). Tidak mengumpat, hati baik, jaga silaturahim, etc.. semuanya ibadah. 

Lagi satu pemerhatian saya melihat orang2 berjaya ialah menolong orang dan memupuk silaturahim. Semua idola2 saya begitu. Mereka suka bersedekah, mereka tidak lokek ilmu dam masa mereka setiap hari sangat pack diisi dgn aktiviti2 silaturahim. Tiada istilah penat dalam diri mereka. Tiada juga istilah tak cukup tidur or penat. Maka saya fikir, it's OK Ja.. PENAT. Jangan merungut!! Itulah cara utk mendapat kasih sayang Allah.

Hari ini, saya bersyukur kerana kata2 Prof Kamil dalam blognya  hari ini really melegakan hati saya. Terima kasih Allah. Saya ingin paste di sini supaya saya ingat.

Kita sentiasa sibuk dengan urusan dunia dan akhirat.
Namun, pengasingan dunia dan akhirat menyebabkan imbangannya tidak sepadan. Misalnya mudah. Saya akan pastikan kerja-kerja pejabat disempurnakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Saya akan bersekang mata. Kegagalan menyiapkan tugasan mengikut waktunya melambangkan prestasi tidak cemerlang. Jika ia kerap kali berlaku maka label tertentu akan tertacap di dahi.
Semua orang tahu yang kita begitu.
Saya juga ingin pastikan bangun malam setiap hari. Ia hubungan dengan Allah SWT. Ia sedikit berbeza dengan kaedah bekerja. Amal atau tidak ia tidak jelas dengan hasil akhirnya. Ukuran prestasi hanya atas dasar keyakinan dan kepercayaan.
Lalu jika diasingkan dunia dan akhirat, ramai yang memberi tumpuan kepada dunia kerana ia bersifat jelas dan nyata. Cemerlang dalam dunia pekerjaan – lumrahnya – disokong dengan kenaikan pangkat, bonus dan makin berkuasa. 
Namun ada juga yang benar-benar yakin dengan ganjaran beramal ibadat secara khusus. Mereka kuat melaksanakan pelbagai amal namun selekeh dengan kerja-kerja yang dikatakan “urusan dunia”.  Kehidupan bercelaru.
Pengasingan dunia dan akhirat ini terserlah dalam tindakan seharian. Ada jua yang tidak disedari. Ia semacam biasa-biasa sahaja. Bila bekerja, bersungguhnya bukan main sehingga tiada masa untuk solat berjemaah di masjid.
Pernah dengar orang berkata, “masa saya terlalu sempit, kerja di pejabat tidak pernah berakhir…..”. Lalu saya petik sekali lagi hadis yang menjadi panduan saya,
Wahai anak Adam!
Lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu, nanti Aku akan penuhkan dadamu kekayaan, dan aku akan menutup kemiskinanmu.  Jika engkau tidak melakukan yang demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja, dan aku tidak menutup kemiskinanmu! (Hadis Qudsi, riwayat Ahmad).
Saya diberi ilham untuk berkata, “seimbang tetapi tidak sama” untuk dunia dan akhirat. Maksudnya, dunia ada nokhtah, syurga tiada hujungnya. 
-Kehidupan Ringkas tapi Signifikan Blog Muhd Kamil Ibrahim



Comments

  1. seronok baca blog Ja sekarang, dalam masa yang sama ingatkan diri yang lalai ni jugak

    ReplyDelete
  2. thanks mona.. jarang dpt ilham. bila terasa nak tulis terus tulis. hahahha.. menulis utk cakap kat diri sendiri yg tak perfect ni. semoga bermanfaat utk lain jugak. thanks mona sbb baca. moga kita sama2 dpt manfaat kan.. amin.

    ReplyDelete

Post a Comment