Amalan pada bulan Ramadhan


Alhamdulillah.. baru saje selesai mendengan ceramah ttg persedian berpuasa drpd IKIM.fm drpd Ustaz Muhadhir Hj Joll.  Sesungguhnya sedikit ilmu yang saya terima pada hari ni datangnya drpd Allah.. Alhamdulillah. Semoga saya dapat mengamalkannya. 

Kata Ustaz.. "Syaitan masuk ke dalam badan kita melalui saluran darah jadi utk mengelakkannya sbb itu kita digalakkan berpuasa". Masya'allah. Sesungguhnya pada bulan Ramadhan seharusnya kita hendaklah mengurangkan makan dan jangan terpengaruh dgn menu makanan yg mewah2. Latih diri kita utk bersederhana. Insya'allah.. saya akan cuba amalkan.




Kata Ustaz lagi, bulan Ramadhan ialah bulan beramal. Sebab itu kalau orang yg hebat2 ini akan start berpuasa sepanjang bulan Rejab dan Syaaban. Kita lupakan ttg hadis tak sahih semua utk mendapat ganjaran2 itu ini. Bagi saya betul juga, just put in mind yang kita buat kebaikan dan amalan ini semua kerana Allah dan bukanlah untuk mendapat balasan itu ini. Benda pertama yang kita nak dapat ialah perhatian dan kasih sayang Allah. Ganjaran yang lain2 itu kita berserah kepada Allah sbb Allah saje yang dpt evaluate ttg keikhlasan diri kita. Saya cakap pada diri saya selalu... kalau nak buat itu kerana nak dapat pahala seolah2 nak pulun dapat A gitu or mendapat kasih sayang Allah. Maka saya kaitkan pada situasi saya dengan anak2.. mana yang lebih menggembirakan saya.. melihat anak2 yang sibukla nak pulun score dlm exam atau anak yang taklah sepandai mana tapi dia sangat baik, hormat orang tua, rajin, etc.  Bagi saya kita bleh achieve dua-dua yang penting tanya hati. Banyak kisah2 tauladan agama yang antaranya menceritakan kisah seorang yg saya lupa namanya yg sibuk beramal tapi bila ibunya panggil dia tak menjawab. Allah tak suka begitu. Kesannya, dia ditimpa fitnah. Tapi at the end of the day, dia bertaubat dan Allah terima taubatnya.

Sebelum kita start puasa minggu depan ni cuba kita collect pelbagai ilmu supaya kita dapat mengamalkannya selama 30 hari. Ini yang Ustaz Muhadhir share yang merupakan Value Added utk tambah amalan kita.
1. Baca Al-ikhlas 200 kali
2. Salawat 2000 kali
3. Baca Bismillah 786 kali
4. Fatihah 313 kali
5. Pesanan.. sahur ialah 1/3 terakhir malam dan bukan pada pkl 12am etc.

Saya nak share apa yang saya akan buat.. pertama sebelum start puasa pada hari Sabtu saya nak solat Hajat. Saya nak minta Allah permudahkan urusan saya sepanjang bulan puasa. Saya nak berdoa semoga saya dapat qatam Al-Quran. Saya nak berdoa semoga saya bertemu dgn lailatur qadar. Saya nak berdoa semoga Allah menerima amalan2 saya dan menerima taubat saya. Kenapa tau saya nak buat begini sbb semasa di Mekah dulu kawan saya telah share dengan saya buat solat hajat sebelum melakukan umrah. Its the same thing.. Minta Allah permudahkan semasa melakukan tawaf, saie dan bercukur. Anugerahkanlah nur di hadapan, belakang,kiri kanan dan diseliling saya. Sejukkanlah cuaca pada hari ini seperti masa Engkau menyejukkan Nabi Ibrahim di dalam api. Subhanallah.. Allah makbulkan doa itu.  So, insya'allah.. saya akan cuba lakukan. Amin.


Moga2 kita dipanjangkan umur dan dapat meneruskan ibadah kita pada bulan ini semaksimum yang mungkin. Amin ya Rabbal Alamin.

Comments

  1. Terima kasih kerana menulis tentang ini. Banyak membuka minda saya untuk berusaha membuat amalan yang terbaik.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah.. terima kasih @Ju. Tak sangka plak ada orang yg sudi membaca. Moga2 amalan kita sama2 diterima Allah. Amin...

    ReplyDelete

Post a Comment