Muhasabah Cinta

Sebak saya dengar lagu ni. Apa yg saya terbayang skrang saya melalui Titian Sirat bersama diri saya, suami saya dan anak2 saya. Tidak lupa ibu bapa saya, adik beradik saya, opah saya.. ooohh semua yang saya sayang. Aaarrrghhh ini bukan citer Indiana Jones. Ini lagi hebat ujiannya.

Teringat sorang makcik drpd Malaysia, semasa saya mengerjakan umrah dulu, dia keseorangan. Kami bertegur sebab kami senegara gitu. Dia duduk di sebelah saya semasa mengerjakan solat Asar di Masjidil Haram. Dia tanya saya, "Nak nak buat tawaf sunat?" Saya kata Ya.. Dia kata, dia nak join. Saya kata, jomlah sbb saya dan suami mmg plan nak buat lepas Asar.

Makcik tu ikut. Saya bertemu ngan Hif seperti biasa di tempat kami selalu bertemu. Hif dgn hormatnya, "Jom Makcik...". Saya memegang tangan Makcik yang dalam linkungan 60-an itu dan satu tangan lagi memegang beg tali Hif yang mengetuai di hadapan.

"Sahaja saya mengerjakan tawaf sunat kerana Allah Taala...".

Memang sangat indah semasa bertawaf. Terasa dingin walaupun cuaca agak panas pada hari itu. Orang kata, kalau terasa dingin tu ada malaikat di situ. Oohh saya senyum tapi taknak fikir sangat. Apa yang saya fikir ialah kenikmatan bertawaf. Saya berdoa untuk suami saya, anak2 saya, kedua ibu bapa saya, adik-beradik saya dan saudara-mara saya yg semuanya saya sayang.

Selesai tawaf dan menuju ke hotel, saya cerita dekat Makcik itu, saya dan suami berjaya mencium Hajarul Aswad. Memang rumit.. memang susah.

Ok ini citer Hajarul Aswad. Bertolak-tolakan dgn ribuan orang. Mujur ada wanita Indon dalam 2 orang menolong saya seikhlas hati. Teringat suami saya berkata, tolong jaga isteri saya... Suami saya di belakang bertolak-tolakan dgn ramai lelaki gagah perkasa. Para perempuannya pun sama esp dari Iran, etc. Sayu saya melihat kegigihan Hif pada masa tu.  Gitulah keadaan bila terlampau ramai jemaah. Agaknya gitulah kita di akhirat nanti kan. Pack mcm ikan sardin. Padat dan bertolakan. Masya'Allah.. Subhanallah. Saya melihat jemaah lelaki mahupun perempuan di depan mata saya dgn penuh perasaan sedaya upaya untuk mencium Hajaraul Aswad. Ada yang menjerit sbb tersangkut. Muka mereka, OOoohh!!!  Saya di depan sekali di depan Hif dan kiri kanan saya perempuan Indon yg hanya mengambil upah yg murah. Masya'Allah.. mereka sangat baik. Memang banyak kali percubaan menghampiri kawasan itu dan akhirnya saya berjaya. Namun saya juga tersangkut. Mujur Hif menarik saya. Sedih dan sayu saya pada masa tu. Kami keluar drpd kawasan kaabah. Wanita2 Indon itu mengambil air zam2 dan beri kepada saya dan Hif. Saya dan Hif seperti berlari pecut 100m gitu. Syukur... saya menadah tangan.

Makcik tadi senyum semasa saya cerita peristiwa Hajarul Aswad. Katanya.. "Percayalah.. bukan senang nak masuk syurga!!!" Kami berpisah di satu kawasan berdekatan dgn kawasan Saie kerana dia ingin ke hotelnya. Makcik tu kata, takpe.. dia boleh pergi sendiri. Hif suruh saya memeluk Makcik itu. Terima kasih Nak.. Dia memandang saya dan Hif. Hanya Allah saje dapat membalasnya. Makcik berdoa semoga awak berdua dapat menunaikan haji secepat mungkin. Amin..

Saya dan Hif berpimpin tangan. Kami diam dan berjalan menuju ke hotel. Ntah apa la perasaan pada hari itu.. Tenang.. Sayu... Indah.. Sebak... Itulah kenangan kami ke tempat yang kami sangat rindui. Semoga dapat ke sana lagi.

Dan perasaan Titian Sirat, semoga kami dan kita semua berjaya membawa bekalan yang secukupnya nanti yer. 



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Comments