Kerjasama


Benda-benda kecil kalau kita fikir ianya datang drpd Allah, insya Allah kita akan jadi cool dan relax. Saya belajar itu. Then, kena fikir juga, bila kita memudahkan orang, Allah akan memudahkan diri kita.

Contohnya pada pagi tadi, saya terlambat disebabkan Firman tak masukkan buku teks hari Khamis dia ke dalam bag. Saya dah mula naik hot sbb kelalaian dia akan menyebabkan saya lambat ke office. 1st thing saya syukur sbb Mama saya masih ada di rumah sbb Mama saya memudahkan saya dalam urusan saya pagi2. So saya plak memudahkan husband saya untuk menghantar Firman dan dia cuma akan uruskan Ryan. If not, kalau Mama saya takde, kami akan divide our tasks bersama. Dibuatnya kalau Hif outstation, saya lah akan uruskan kesemua anak2 sekali.

Citer pasal Firman,  ikutkan timing kelewatan saya mmg tak sempat. Unpredictable trafiics dan untuk kejar pkl 8am ke Shah  Alam, mmg impossible kalau ikut plan saya untuk keluar rumah pkl 7.15am. Hati saya berkelodak.."Kenapalah tak dengar cakap Mama. Mamakan dah suruh check buku malam semalam. Next time, bila Mama suruh tuh immediately buat. Jangan nak tunggu.. tunggu. See, pagi ni kan dah menyusahkan semua orang dan spoil semua orang punya mode." Saya membebel. Hif memang tak suka saya membebel pagi2. Mulut membebel ni pun saya cepat2 masukkan buku sekolah dia ke dalam beg sbb dia sedang breakfast. Mama saya pun membebel sama sbb biasalakan perempuan.. hehehhe. 

Firman diam. "Takpelah, Firman pergi ngan Papa." Dia mengalah. Saya plak... hmm.. sian plak kat Hif. Nanti dia plak kelam kabut sbb Ryan tak bangun lagi. Dalam hati.. tawakal. "Dah.. ikut Mama. Next time jangan buat macam ni lagi." Dia ikut. Muka mencuka. 

Semasa bawa kereta, saya rasa sedih sebenarnya. Saya rasa saya bersalah kerana bertindak begitu. Mulut berkali2 istigfar. Dalam hati, saya memohon kepada Allah supaya memudahkan saya. 

Saya yakin dengan pertolongan Allah. Tak habis hati ini mohon ampun. Yer… saya manusia biasa. Inilah dikatakan manusia tidak lari drpd melakukan dosa. Dosa kita seharian tak nampak. Saya rasa bar hati saya berkurangan. Saya kena naikkan biru ini untuk jadi full.




Saya menangis. Ya Allah.. bantulah aku. Tolonglah aku. Permudahkanlah urusanku hari ini.

Firman nampak muka saya sedih. Kisahnya, saya telah buat tazkirah dgnnya malam tadi dgn Ryan. Biasalah budak2.. cakaplah 10 kali cemanapun. Nanti buat balikkan. Tapi saya percaya, never stop reminding. Seperti mana Allah mengingatkan manusia untuk solat dgn azannya.

Masa nak turun kereta, Firman ambil tangan saya dan cium. Sorry Mama. Adoi.. bercucuran air mataku. Tapi control dulu. Saya dengan machonya berkata.. “Next time, please ye.. jangan buat lagi.” Ayat2 nie pun dah berapa kali dok ulang. Tapi takpela kan.

So, hati saya rasa lega. Seperti biasa, pagi mendengar ceramah motivasi IKIM bersama Ustaz Ebit. Masya’Allah. Saya sampai ke opis awal. Traffic smooth gitu. Syukur Alhamdulillah. Saya sampai office dengan rasa tenang.

Citer yang simple tapi bermakna bagi saya kerana Allah Maha Penyayang.

Comments