Si Botak


28 hari dan Erfan sudah botak. Berubah2 muka dia. Dan bila keadaan muka ni sebijik plak muka Ryan.

Saya mmg tak sempat nak buat kerja2 lain. Maternity leave nie mmg totally dok jaga anak. Mood menulis saya ke laut cuti nie. Nantilah.. bila ada masa saya menulis lagi.

Teringat nak menulis trip ke Singapore... Teringat nak menulis saat2 beranak czer. Semua ke laut. Hahahha...

Sepatutnya, saya beranak dalam bulan dan minggu nie bila ikutkan pengalaman saya sepatutnya 38 weeks. Tapi saya beranak semasa saya nak masuk 35 weeks. Ikutkan lagi 3 hari nak ke 35 weeks. Mungkinkah itu baby umrah?

Tapi... saya piyed betul2 masa kat airport ms sampai Malaysia. Apa2 pun semuanya Allah punya kuasa kan. Kita hanya merancang. Hanya Allah saje tahu kenapa Erfan keluo sangat awal. Memang sangat tak sangka.

Ikutkan.. saya mengandung pun tak sangka.. dan beranak juga tak sangka. Ooohhh saya tidak ada plan bila orang tanya saya.. taknak try utk baby girl? No saya tak tahu. Buat masa nie saya berdoa semoga Allah memudahkan saya dan beri saya kekuatan, kesabaran dan kesihatan yang baik untuk menjaga mereka. Saya masih memerlukan ilmu untuk mendidik dan membesarkan mereka.

Hari ini saya sedang berfikir utk schedule saya bila start kerja nanti. Tarik nafas dan hembus nafas... Ya Allah, semoga Engkau memudahkan urusanku Ya ALLAH....


Comments