Baby Erfan

Alhamdulillah.. Saya selamatkan melahirkan anak saya yg ke 4. Tak sangka boleh terberanak secepat ini sbb kandungan ini masih 35 weeks.

Procedure: Ceasarian
Air ketuban pecah pada malam 26 March pd pkl 11pm tatkala saya menidurkan Firman yg sakit perut. Anak sulong yang manja gitu. Sementara Papanya sibuk packing utk ke Pulau Tioman sbb nak bertolak Subuh tu jugak. Luckily Parents saya ada kat sini utk menjaga saya dan anak2.

Memang kelakar dan tak sangka. Saya tak siap packing apa2 lg. Plan nak siap bag pd week 36. Lagipun ada lg weekly agenda yg saya kena accomplish spt pegi kajang htr tempah baju melayu my hub and sons for my brother's wedding dan ke seminar prof muhaya. See.. Manusia merancang, Allah tentukan.

Saya inform Hif.."Pa.. I rasa nak beranak nie... " Dia blank. Naper? Air ketuban dah pecah, saya kata. Dia gelak. Terus dia call collegues dia.. Apa yg sy dengar.. "Bini aku nak beranak. Korang pegi dulu". Dalam keadaan air ketuban leaking, saya pack apa2 yg patut masuk ke dlm bag. Nasib baik sy ada tulis dlm note book saya yg sy salin from babycenter. Belasah je saya campak sbb x leh pk. Nasib baik jugak, saya dah prepare baju2 baby.. Basuh.. Susun.. Dan letak dlm 1 drawer.

Air ketuban leaking dgn byk. 5 pad bertukar. Sampai hospital kpj selangor terus saya ke emergency, sementara Hif park kereta dan saya inform kaunter.. Dik.. Air ketuban dah pecah. Kakkaka... Ala2, I want to check in please...

Immediately mereka bawa sy ke labour room. Then, check contraction.. Bidan check. Dik, baby ni sonsong rasanya. Nanti kita tunggu doctor. Lepas 1 jam Doktor dtg dan scan. Betul sonsang. Sbb yelah.. Still 35 weeks dan baby pun boleh pusing sana sini. Last week masa check, OK saje.

Takde choice. Nak selamatkan baby, saya kena ceaser. Saya pandang Hif. Ok ke Pa? Takpe.. Nak buat cemana. Dah terbayang.. Baper ribu la kena baya? Ya Allah.. Murahkan rezeki kami sekeluarga... Wamin Yassir Wala Tu asir.

1st time saya melalui proses ceasarian. Takut.. Cucuk amenda kat belakang.. Then mcm2 lagi proses utk separuh bius, saya rasa blank. Ntah.. Maybe beranak secara normal sakit ms nk beranak tp ceaser x rs apa2. Tp sakit lepas beranak.

Erfan selamat keluar pd pukul 2.26am pd 27 March 2012. Nama Erfan dipilih oleh Papanya sempena E- Emran R-Ryan F- Firman dan.... An - semua trademark anak2.

OK.. Sy masih kat hospital. Tgh hari ni sy balik sbb semalam sy demam. Ntah, kesan jahitan beranak sakit sgt.

Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yg wish dan melawat sy kat spital. Alhamdulillah.

Comments

  1. tahniah dah dpt baby baru, semoga sihat-sihat selalu

    ReplyDelete
  2. tahniah, sudah ada 4 hero....

    ReplyDelete
  3. jaa...tahniah, lama tak jenguk blog jaa, tau2 dah bersalin, intan pun baru abis pantang, bersalin 12 march hari tu pun kat KPJ selangor, baby pun 35 weeks...

    ReplyDelete
  4. terima kasih Angah.. Tima kasih Ajujua.. tima kasih intanaziela.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment