Tawakal

Lately saya kerap berfikir ttg TAWAKAL. Bukan Hospital TAWAKAL. Tapi tentang konsep TAWAKAL kepada Allah. 





Dalam ayat seribu Dinar bermaksud:


Barangsiapa bertakwa kepada ALLAH, nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar, Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka.

Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya, Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap2 sesuatu.

Terima kasih kepada blog Prof Kamil pada hari ni tentang topik Ia tidak Berkurang. Untuk mencapai kepada tahap TAWAKAL semestinya kita kena percaya kepada kekuasaan Allah. Saya rasa ambil contoh begini. Kita dapat gaji sebulan katalah RM3000. Semua dah tolak expenses itu ini hutang piutang, simpanan dan sebagainya. Katalah lepas itu ini ada baki RM600. Kita tak berkira2 untuk zakatkan wang itu atau tidak memberi kepada orang tua kita. Alasan, takut tak cukup duit. 

Then, ada satu situasi.. dia zakatkan wang dia katalah dalam RM70. Then dia beri kepada mak dia RM100. Nampak orang susah dia sedekahkan sedikit dalam RM10-RM50. Saya rasa, duit dia mmg akan susut. Tapi dia bertawakal kepada ALLAH. Dia telah menjalankan suruhan Allah. Dia lakukan kerana Allah. Dia tahu dia tak cukup duit, dia berpuasa. Dia menjimatkan perbelanjaan dalam banyak perkara.

Bagi saya, bila kita rasa diri kita susah.. kita banyak bergantung diri kepada ALLAH. Ia umpama jihad kecil. Kita tak perlu pergi berperang. Tapi kita hanya sabar untuk tidak bermewah-mewahan. Saya rasa, ia merupakan didikan dan latihan diri kita untuk buang sifat ego, tamak, riak, tidak kedekut, etc. Dan saya pasti dengan keadaan itu, hati kita akan lebih dekat dgn ALLAH dan secara tak langsung Allah akan mencukupkan perbelanjaan kita setiap hari. Mungkin ada orang akan belanja kita makan. Macam2 nikmat Allah akan bagi kepada kita tanpa kita sedari. So, buat kebaikan kerana ALLAH.

Then, katalah RM600 tadi yang kita rasa tidak cukup. Memang tidak akan cukup. Kemungkinan, banyak musibah akan melanda. Wallahualam. Saya bagi contoh. Mungkin kata saya tidak betul. Mungkin kereta accident, mungkin duit kena curi, etc. 

Ini saya petik status Prof Muhaya sebagai pengakhiran nota saya pada hari ini.

Prof Dr Muhaya Untuk tenangkan hati ingat mati dan bertaubat. InsyaAllah segala peristiwa lama dan perkara menyakitkan hati akan hilang. Bila kita fokus pada cara mendapat husnul khatimah dan redha Allah perkara lama akan hilang. Salah satu sifat ego ialah cepat marah dan payah memaafkan kerana kita rasa diri kita besar dan kenapa orang harus buat sesuatu kepada kita. Cuba renung kesilapan kita pada orang dan perbaiki diri bukan ingat kesilapan orang pada kita. Kita hanya akan dapat apa kita telah buat. Jika orang sakitkan hati kita erti kita pernah sakitkan hati orang lain. Muhasabah diri selalu. Cuba audit apa emosi kita bila bangun tidur. Ia akan menentukan seluruh hari kita.

Comments