Sudir dan Insaf Mode

Saya memang peminat arwah Sudirman. Sejak kecil. Saya tak tahu kenapa saya suka dia.. mungkin sbb lagunya. Favourite album yang saya suka masa dgn Atai. Dan masa kaset dgn Atai itu ada lagu yg arwah sudir nyanyi dan saya sangat fasih menyanyi lagu itu. Its called WORDS by FR David. Maybe lagu itu ditujukan kepada bekas isterinya.. Kamariah@kay. Membaca kisah arwah ngan x-wife dia membuatkan saya sangat terharu dan sedih. Saya rasa mereka sudah berkawan sudah lama. Maybe sejak di bangku sekolah. Sbb apabila membaca wikipedia Sudirman Arshad dia bersekolah di Sultan Abu Bakar School Kuantan. Manakala bekas isterinya Kay juga bersekolah yg sama. Baca sini.

 Gambar ini saya dapat drpd blog MESIN TAIP BURUK.


.


Words, don't come easy to me

How can I find a way to make you see I Love You

Words don't come easy



Words, don't come easy to me

This is the only way for me to say I Love You

Words don't come easy



Well I'm just a music man

Melody's so far my best friend

But my words are coming out wrong and I

I reveal my heart to you and

Hope that you believe it's true cause



Words, don't come easy to me

How can I find a way to make you see I love You

Words don't come easy
 
 
Maybelah ini  bekas isteri arwah Sudir yang diceritakan. Walluhualam. Kalau baca kisah biography dalam Love in Gratitude juga menceritakan dia belajar di University Malaya tempat Arwah Sudir belajar dulu. 

Saya terasa sayu membaca kisah cinta dan perpisahan. At the same time, saya juga terasa sayu membaca kisah kejayaan Arwah Sudir setelah perpisahannya. Bagaimana dia berusaha dan push hidupnya sehingga mengecapi kejayaan yang tidak ada tandingan. 

Maybelah dia ingin buktikan kepada orang yg bahawa dia boleh berjaya dlm bidang yang disukainya walaupun mempunyai ijazah dalam bidang law. Namun saya paham kehendak diri tatkala usia muda begitu. Sbb saya sekarang sudah berumur 35 tahun dan arwah masa meninggalnya berumur dalam umur 37 tahun.

Ntahlah.. Tatkala muda terutamanya lelaki, mereka yg mempunyai impian dan cita2 dibelunggu antara keluarga dan kerjaya. Mostly ramai lelaki ke arah kerjaya. Mereka bukan ketepikan keluarga, tetapi masa lebih fokus ke arah kerjaya. Mungkin sbb nak mencipta kareer, wang lebih, etc. Keluarga dan anak diketepikan.. tapi syukurlah jika mereka mempunyai isteri yang memahami. That's why banyak penceraian pada umur sekitar 25-35an. Itu andaian saya melalui melihat pengalaman orang dan pembacaan saya sendiri. Zaman bercinta sangat berbeza. Apatah lagi bercinta pada zaman remaja. Bila usia lelaki meningkat hormon mereka sudah ke arah yg lain. Begitu juga wanita. Lelaki tend untuk mencipta kredibiliti dlm diri. Mereka tidak sama lagi ms zaman remaja dulu yang konon mungkin berjanji menyanyangi wanita itu. Mereka sayang tapi tumpuan tidak sama lagi. Kadangkala mereka sanggup memilih kerjaya or diri mereka sendiri drpd wanita itu. (hahhahaha.. aku nie mcm John Gray plak nak citer pasal pychology pasal lelaki dan pompuan.. hahah).  Sbb ia sendiri kita lihat berlaku pada Mawi, Yusry, etc. Mostly mereka memilih pasangan yg memahami diri mereka.

Yelah, jodoh dan qada & qadar semua di tangan Allah. Semestinya Allah menjanjikan yang terbaik untuk kehidupan hambanya. Situasi di atas hanyalah sebab musababnya. Tapi percayalah.. lelaki akan berubah tatkala usianya meningkat 35 ke atas. Mereka lebih fokus kepada keluarga. Maybe sbb mereka dah penat bekerja.

So, apa2 pun.. physiology hanyalah satu bidang ilmu. Ketetapan dalam hidup kita hanyalah milik ALLAH. Kalau kita hidup sentiasa percayakan Allah.. berdoa dan bersabar, Insya'Allah Allah akan membantu. Itu yang saya sedar skrang. Cinta hakiki hanyalah kepada ALLAH. Allah mengajar kita menyanyangi manusia sesama manusia supaya kita belajar mencintai Allah. Tetapi macam susahkan sbb kita tak nampak Allah. Tapi percayalah kita akan dapat rasa kehadiran Yang Maha Kuasa apabila kita melihat suasana di sekeliling kita. 

Semalam saya terlihat satu YOUTUBE baby yang menyebut nama Allah. Memang jelas. Dia tak nangis.  Saya imagine yang kita nie sebelum di pindahkan ke alam rahim sentiasa sujud kepada ALLAH. Bila di alam rahim, kita masih suci bersih lagi. Tapi apabila masuk ke alam dunia.. baby tu merasa takut. Takut dgn dugaan dunia. Sebenarnya apabila kanak2 mati pada usia awal muda, mereka pastinya akan lega dan gembira. Sbb tempat mereka pastinya syurga. Cuma kita sebagai orang tua pastinya meratapi kehilangan anak kecil yang tersayang, jangan cakap.. saya pun. Tengok anak orang yang sakit pun saya sebak tak terkata.

Apa-apa pun, apa saje aturcara di dunia ini adalah milik ALLAH. Ilmu Allah sangat luas. Yang DIA reveal skrang nie tu sket je. Kalau kita tengok teknology pada zaman kini, semua itu dgn izin ALLAH. Takde magic. Jangan pertikaikan kehebatan ALLAH. Kisah Israq dan Mikraj pada satu malam tuh sudah menceritakan tentang kehabatan ALLAH. Bagaimana? Logik atau tidak.. semua jangan tanya. Akhirat, padang masyar, syurga dan neraka bagaimana rupanya. Cuma semalam saya terjumpa dalam status di FB, nak masuk syurga bukan senang sbb SYURGA tu MAHAL harganya. Transaksi kita untuk ke syurga haruslah mempunyai tabungan yang TINGGI yang disimpan semasa di dunia. Carilah seberapa banyak yang mungkin dan janganlah kamu MUFLIS! 

Adoi.. meleret2 dah saya menulis citer pasal arwah SUDIR dan ilmu agama. Sebenarnya saya cakap pada diri saya sendiri. Moga2 Arwah Sudir berbahagia di sana. Alam Kubur hanyalah perpindahan alam drpd dunia. Semua kita sedang menunggu masa untuk ke alam akhirat pula. Bila? Takutkan... 

Sekian untuk hari ini.

Comments

  1. bak kata ustaz don, kita ni bakal jenazah....

    ReplyDelete
  2. Betul tu Ena.. Semoga kita sentiasa istiqamah melakukan ibadah seharian kita. Amin.

    ReplyDelete

Post a Comment