Salam Jumaat

Hari ini niat nak betulkan diri sendiri dan fokus mata hati kedalam diri dan tanya kenapa kita buat apa kita buat dan kenapa kita taip apa kita taip. Status facebook akan menunjukkan emosi kita samaada penuh kesyukuran atau penuh kemarahan dan menyalahkan. Jangan sekali kita merasa lebih baik dari orang lain sebaliknya sentiasa cari perkara baik dalam apa situasi. Untuk berdakwah harus menyentuh hati dgn kasih sayang. Kalau setelah berapa lama cara yang sama dilakukan dan tiada hasil harus ubah cara berdakwah. Orang paling tidak siuman ialah mereka yang buat benda yang sama tapi harap hasil berbeza. Dakwah diri kita sendiri dahulu sebelum dakwah orang lain. Dari cara orang bertanya soalan boleh diagak tujuan mereka mencari redha Allah atau penghargaan manusia. Jom audit diri kita. - PROF DR MUHAYA



 Salam Jumaat semua. Hari ini kerja saya dalam list saya sangatlah banyak. Selalu mcm tu, bila kerja banyak time tula dapat idea banyak nak menulis. Time tak banyak kerja.. mengantuk la plak. Mungkin bila kerja banyak, darah mengalir ke otak sangat tinggi dan mind bersiap sedia utk terus berjuang menyiapkan kerja yg diplan itu. 

Spt biasa, pagi2 saya mesti akan baca anything written by Prof Muhaya. Kejap lagi, saya akan dengar audio dia sambil buat kerja walaupun saya dah dengar banyak kali tp sangat baik utk keep reminding diri saya yang selalu lupa. 

Status dia hari ini sangat touch diri saya. Skrang nie, bila saya nak tulis status di FB, tweeter or menulis di blog, saya akan berfikir dulu. Adakah kata2 saya ini nak menayang diri mcm bagus? Atau menulis kerana Allah untuk diri kita sama2 berubah ke arah yg lebih baik. Dan saya selalu berkata pada diri saya, kalau kita fikir kerana Allah.. teruskan saje. Jangan fikir orang kata. Sebab di akhirat esok, kita kisah apa orang kata atau kita kisah apa yang Allah akan kata. Mengajak orang ke arah kebaikan sangat tinggi pahalanya. Namun saya sedar, diri saya tidaklah sesempurna mana. Saya bukanlah orang alim2, bukan ustazah. Saya cuma insan biasa yang ingin berubah ke arah kebaikan dan apa yang saya lakukan alhamdulillah.. saya nampak hasilnya dan saya just nak berkongsi ngan kawan2 saya supaya marilah kita sama2 menuju ke jalan Allah yang penuh ketenangan dan kedamaian. 

Sememangnya hari Jumaat ialah hari yang bagi saya sangat hebat. Saya memang mengejar hari Jumaat dan cuba melakukan sebanyak mungkin perkara2 baik yang saya mampu. Contohnya selawat ke atas Nabi sebanyak 1000X, berzikir, baca surah Al-kahfi, etc. Saya mengharapkan perhatian Allah. Saya selalu bayangkan berapa ramai hamba Allah di muka bumi ini, dan saya insan yang kerdil ini menadah tangan memohon keredaan dan rahmat Allah supaya Allah mendengar rayuan dan permohonan saya. Jadi saya fikir, nak dpt perhatian lebih sket drpdNYA buatlah apa yg DIA suruh dan tinggallah apa yang dia larang.

Orang tanya... apakah cara utk mendekatkan diri dengan ALLAH? Ingat Mati dan bacalah AL-QURAN. Insya'Allah. Then sentiasalah berdoa dan terus berdoa. Berdoa kita tak semestinya semasa solat. Tetapi boleh berdoa tatkala kita membuat kerja, bawak kereta dan apa2 saje yang kita lakukan. 

Saya ingat Prof Muhaya kata, jangan kejar pangkat, wang, cita-cinta TETAPI kejarlah MAKNA KEHIDUPAN. It's OK to make mistake in life tapi janganlah biarkan diri itu terus hanyut. Ambil iktibar di atas apa yang berlaku dan teruslah kembali kepada Allah. Saya pasti Allah amat menyayangi orang yg banyak bertaubat. So, bila kita lihat orang yg melakukan kesalahan janganlah kita judge mereka dgn terus menghukum mereka. Be nice to them.. sebab bagi saya, betul kata Prof kata, semua orang dalam dunia nie baik belaka cuma mereka tidak berilmu. Bila kita ada ilmu, insya'allah.. semuanya akan menjadi mudah. Jadilah berdoalah kita supaya Allah kurniakan kita ilmu2 yang bermanfaat  Amin.. amin.

Cuti panjang kita lepas nie lagi.. saya akan ke Cherating dan Bkt Gambang. Selamat bercuti folks.

Comments