Pencen Kubur






Prof Muhaya selalu menekankan tentang pencen kubur. Apa pencen kubur kita? Salah satunya ialah anak-anak. Kita yang corakkan masa depan anak2 kita. Nakal anak2 itu, semuanya bermula drpd kita sendiri. Sbb anak2 tidak berdosa. 

Masa saya pergi Umrah dulu, doa saya banyak kepada anak-anak. Saya pernah cerita dulu yang apabila kita berdoa especially di Mekah dan Madinah, tempat segala mustajap doa, perubahan tidak berlaku sekelip mata. Ternyata, selepas balik drpd menunai Umrah dugaan saya dgn anak2 boleh tahan hebat juga. Biasalah budak2. Tapi biasalah juga kepada mak bapak dia, anak2 buat perangai ibu bapa sudah pastilah menjadi singa. Lebih2 lagi anak2 saya semuanya lelaki. Hahahaha.

Input2 pengetahuan menjaga anak datang kepada saya drpd pelbagai sudut. Pembacaan, ceramah, tv, sharing ngan kawan2, teguran ibu bapa dan mentua, etc. Maka beberapa bulan setelah di digest, saya mendapati perubahan yang harus dibuat ialah bukan kepada anak2.. tetapi diri saya dan suami sebagai ibu bapa. Latihan penting ialah SABAR dan DOA. Bagi saya ia umpama seperti Ramlee, Sudin dan Aziz  dlm citer Seniman Bujang Lapok... DUGAAN!!! 

Perubahan secara total memang harus dibuat oleh saya dan suami. Jangan tinggal solat dan rajin2 lah berdoa. Insy'allah ia terbukti melatih diri dan suami lembut hati. Bila melihat anak2 bergaduh, etc.. kami akan cuba sedaya upaya supaya tidak menggandakan temperature kami. Marah tu mmg ada. Tapi, masya'allah.. ia umpama seperti ada satu kuasa mengawal perasaan kami. Kadang2 esok lusa pasti terdengar ceramah atau terbaca artikel tentang pengawalan emosi. 

Macam saya, saya terdengar Prof Muhaya kata, kalau kita marah anak2, anak2 akan copy perangai kita. Sebab tu sifat mereka yang garang, menjawab dan sebagainya ialah drpd kita juga. Betul, saya sedar apa yg saya buat diluar kawalan saya apabila saya marah dan sebagainya. Ia bertindak spontaneously apabila melihat sesuatu yg tak kena. Tapi husband saya kata, kadang2 ia mungkin absorb drpd orang lain sbb kita sub penjagaan kita kepada bbsitter. Namun Prof Muhaya berkata, tak kisah kita sub anak2 kita pada orang lain. Yang penting, kalau kita jaga diri kita di Pejabat - tidak ada skandal, tidak mengumpat orang, tidak mengular sesuka hati, tidak mencuri masa, etc... insya'ALLAH.. ALLAH akan jaga diri kita dan keluarga kita.

So far, saya tidak kata anak2 saya bagus. Adalah juga pergaduhan2 kecil dan ketidakpuasan sesama mereka.  Tapi Allah memudahkan diri saya menguruskan mereka. Setiap hari saya berdoa semoga ALLAH melindungi anak2 saya. Saya berdoa semoga Allah membimbing saya dan suami untuk mendidik mereka. 

Saya ingat dulu2 masa saya ada sorang anak saje. Saya memberi alasan saya susah nak solat sebab saya ada anak kecil. Anak meragam. Anak memerap. Bila nak solat, dia tarik telekung saya.. dia menangis.. Astagfirullahhal azim. Ya Allah ampunilah dosa-dosa ku Ya ALLAH. Apa yg saya katakan, skrang saya ada 3 orang anak dan saya rasa nak solat tidak susah langsung. Si Abang2 akan solat dan manakala si adik kecil akan ikut (walaupun terbalik tertonggeng etc). Allah juga memudahkan saya untuk solat walaupun Emran datang kepada saya jadikan kuda dan masuk bawah telekung saya. Tapi hati saya berdoa, Ya ALLAH ko jadikan anak2 ku supaya rajin solat. Jadilah mereka anak2 yg beriman dan bertakwa. 

Saya nak menangis sebenarnya. Saya sangat berterima kasih kepada ibu mertua saya kerana dia banyak menyedarkan saya. Saya mmg very open bila orang menegur saya. Ye dulu saya melatah tapi skrang bila saya dengar ceramah mengatakan, orang tegur itu tandanya drpd ALLAH. Jangan sombong. 

Subhannallah. Semoga hidup saya dan apa yg saya lakukan hari ini haruslah diteruskan dan istiqamah. Untuk anak2 Mama dan Papa, semoga kalian menjadi anak2 yg soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.

Amin..


Comments