Mencari ketenangan dan kekuatan

Saya percaya.. tenang, sihat, sedap dan kemudahan, segala2nya drpd Allah. Terbukti, kita kena mengingati Allah setiap masa. Subhannallah. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Semalam, sepanjang pagi saya terasa badan saya sangat lemah. Apabila buat kerja di pejabat saya terasa sangat mengantuk. Saya jadi tidak produktif. Sampai petang. Selalunya saya sudah solat Asar tetapi ntah cemana saya nak melangkah ke surau yang dlm 100m ke bangunan sebelah sangatlah penat. Pkl 6.00pm saya plan nak terus balik rumah.  Maka, saya call hubby saya. "Pa... agak keterlaluan tak kalau I mintak tolong ambilkan anak2 dan beli dinner. I mmg tak larat.".Sebenarnya mmg rutin saya mengambil anak2 drpd rumah bbsitter. Tetapi syukur semalam cik somi pun balik awal. Terima kasih Allah memudahkan saya.

Sampai rumah.. saya nak solat Asar. Tak boleh.. badan saya penat. Saya kena terus mandi. Maka, saya duduk di tikar sejadah daripada pkl 7-8.15pm. Mula2 plan saya nak tidur saje. Tapi saya ingat dlm bacaan saya, tidak baik tidur waktu Magrib. Saya paksa diri saya. Saya ambik buku Al-Mathurat. Yer.. Al-Mathurat mengandungi surah2 yang akan menenangkan hati dan memberi kekuatan. Saya baca lepas solat Asar. Then lepas Magrib saya continue. Saya baca maknanya. Saya membacanya seolah2 ayat2 itu mengeluarkan tenaga supaya dapat memberi kekuatan pada saya. Namun mmg sudah termaktub di dalam kelebihan al-Mathurat...

Membina kekuatan dan dalaman dan semangat yang tinggi dalam melakukan setiap perkara.


A U'zubillah hi sami ila'alimi minash syaitan nirrajim.. (Aku berlindung dengan Allah drpd yg Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada gangguan syaitan yang terkutuk).

Masa saya baca nie, saya terus fikir.. tolonglah syaitan pi jauh2 jangan kacau saya. Jangan ko racuni fikiranku.

Selepas baca surah Al-Baqarah awal (ayat 1-5) , tengah ayat 255-257 dam akhir ayat 284-286, lagi saya confident yang syaitan takkan masuk ke dalam rumah. Seterusnya surah al-Hasyr ayat 22-24, mengatakan Malaikat akan memelihara kita. Saya baca dgn penuh ketenangan. Tapi percayalah nak qatam Al-Mathurat ni mengambil masa sekurang2nya 1 jam. Tapi saya hanya berjaya habis sampai 3 QUL saje. Sbb pukul 8.15pm, saya dah dengar ting tong. Oooo anak2 dan cik somi dah balik. Yeah. Saya kena layan mereka mcm biasa.

Syukur alhamdulillah. Saya rasa energetic. Saya dapat menyuapkan anak2 saya makan. Saya dapat spend time tgk kerja sekolah anak2. Saya mandikan mereka. Saya dapat melakukan rutin saya dengan baik. Terima kasih Ya Allah. Anak2 saya semua OK. Cik Somi pun takde tension2 bila balik rumah.  Semua run smoothly.

Masa saya nak tidur.. saya dpt tidur dengan aman. Saya dapat rehat seadanya. Anak2 semua pun tidur awal tanpa banyak kerenah. Bukan senang nak dapat suasana ini.

So, kesimpulannya... percayalah!!! Semuanya milik Allah. Oh yer.. nasi lemak yang husben saya beli semalam pun sangat sedap. Dan saya percaya, kita tak boleh lupakan Allah walaupun sekelip mata. Kalau ada masalah, teruskan mohon pertolongan drpdNYA.  Insya'Allah.. Allah pasti akan tolong. Allah berada dekat ngan kita. Benarlah doa dalam surah At-Taubah  ayat 129 yang memang ada dalam buku Al-Mathurat ini.

"Cukuplah Allah yang menolong dan memeliharaku, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. KepadaNya aku berserah diri dan mempunyai arasy yang sangat agung."



Comments