Keperluan dan Tujuan Hidup


Saya belajar Teori Maslow atau Maslow's hierarchy needs masa saya belajar Business Management di kolej dulu. Kalau diikutkan logiknya, betulla tuh. Inilah yang dikatakan keperluan hidup yang semua manusia di dunia ini ingin mengecapinya.

Saya berterima kasih kepada ceramah Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang memberi ilmu kepada saya pada hari inid dgn izin Allah, saya sedikit sebanyak memahami konsep yang diterangkannya. Tujuan hidup kita di dunia ini menurut Islam ialah untuk mengabdi diri kepada Allah dan beribadah kepadaNYA.

Ramai di kalangan kita, in fact dunia akhir zaman inilah, terlalu memikirkan keperluan hidup sehingga tidak memikirkan tentang tujuan hidup. Orang yg hidup yang terlalu memikirkan keperluan hidup selalunya hidup penuh dengan masalah. Ada rumah besar pun tapi tak tenang. Hidup juga dihimpiti dengan hawa nafsu, material dan sebagainya. 

Manakala, kita juga tidak boleh terlalu fokus kepada tujuan hidup sehingga kita lupa kepada keperluan hidup. Asyik beribadah tetapi kita tidak memikirkan tentang keperluan hidup. So, anggaplah menyediakan keperluan hidup juga itu ibadah. 

So, bila kita tengok setiap satu hierarchy di atas, kita kaitkan dengan Allah. It's OK untuk menyediakan rumah besar, kereta besar, etc. Yang penting kita kaitkan dengan ALLAH. Dengan adanya kekayaan kita dapat menolong orang - berzakat, bersedekah, menunaikan haji dan umrah, etc.  Bila kita bekerja bukan sekadar untuk cukup makan, sediakan makan minum anak2, etc. Setiap kali kita bekerja, kita sentiasa memikirkan Allah bersama kita. Bila bekerja, kita dpt mengenal orang, belajar bertolak ansur, menepati masa, bertanggungjawab, sabar, amanah, etc. So, nilai2 murni ini ialah ibadah juga kepada ALLAH. Kita akan dapat pahala double dengan mencari keperluan hidup ini kerana ALLAH.

Kita berbalik kepada Masclow's hierarchy iaitu utk mencapai kemuncaknya --> self-actualization needs. At the end of the day, kita dapat yang itu sajelah. Sama juga menyimpan duit dengan sekian2 amount sebagai bekalan pada hari tua. Kalau kita fikir, apa saje needs ini hanya utk perhargaan daripada manusia memang kita tak lari ke mana. Pi mai pi mai tang tu. Contohnya, kita berjogging pagi2. Kenapa awak berjogging? Untuk sihat. Sihat untuk apa? Sihat supaya saya tidak senang kena penyakit. Tapi untuk apa. Nanti kalau sakit banyak duit nak kena pakai. So, kalau tak sakit? Legalah.. Itu saje? Sebenarnya, kita nak sihat supaya kita dapat beribadah kepada ALLAH. Kalau sakit, bagaimana kita nak solat, puasa.. bukankah semua itu ialah point2 sebagai bekalan utk akhirat.

Sebenarnya, fokus kita ialah akhirat. Bila kita fokus akhirat, kita akan buat saje semua kerana ALLAH. Sbb tu kata2 ada mengatakan, kalau kita mengejar akhirat, dunia akan datang kepada kita tanpa kita perlu mengejarnya. Kalau kita berjaya build diri kita semata2 mengharapkan keredaan Allah, tak kire apa saje kita akan berjaya. Tak cukup duit, duit menjadi cukup. Kereta kecik pun bleh rasa besar. Rumah kecik pun boleh rasa besar. Sebabnya kita dikurniakan dengan ketenangan dan keberkatan oleh ALLAH. Kita rasa bahagia. 

Masya ALLAH... dengan ilmu yang tak seberapa ini saya harap saya dapat membimbing diri saya supaya bersyukur dengan apa yang ada. Di samping itu, diharapkan Allah sentiasa memberi hidayah kepada saya dan menyedarkan saya selalu supaya saya tidak terpesong dr arah sebenar tujuan hidup saya. 




Comments

  1. carilah akhirat, kita akan dapat dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. menarik, saya ada post link entry ni di blog saya..

    ReplyDelete

Post a Comment