Ingatan untuk diri

Hari ini saya kena kerja dan saya datang lewat. 7 minute. Calculate maybe dalam RM2-3 kot kena deduct.. Takpe. It's ok.  HHmm.. nampaknya hari Sabtu yang takde traffic jem, saya boleh datang lewat. Hari lain, boleh plak kelam kabut nak datang cepat. Apa2 pun tima kasih kepada my beloved Hif yang sudi menjaga 3 orang hero kat rumah. Hari ini isteri awak tak larat nak sediakan makanan. Takpe.. kot lapar, I believe that you can take care all of them.

Saya ada benda nak tulis. Ia berkenaan ngan diri saya yang saya ingin kongsikan bersama.

Saya dapat something dalam diri saya. Yes.. it's from Allah. Apakah something itu?Bagaimana saya boleh mendapatkannya? Saya pun sebenarnya susah nak cakap. Saya tak tahu.  Tapi apa yg boleh saya katakan, kalau saya lalai.. saya rasa hati ini macam terlari drpd sepatutntya, ada satu gerakan untuk diri saya supaya istigfar dan ingat Allah. Saya tak rasa diri saya bagus. Saya tak rasa diri saya hebat sbb saya selalu rasa diri saya banyak kurang dan saya kena terus belajar dan terus belajar sampai saya mati. Saya diketemukan dgn program IKIM dan sekrang idola saya ialah Prof Dr Muhaya. Twitter hanya saya follow topik2 Islamic saje. Begitu juga FB. Saya diperkenalkan banyak dengan pakar inspirasi saya melalui alam maya ini spt Ust Don, Sham Kamikaze, Wardina, Ust Azhar Idrus, Ust Hasrizal, etc. Saya juga meminati Prof Kamil dan isterinya Puan Roza yg skrang berada di Madinah. TV yg saya selalu jenguk ialah Al-Hijrah, Oasis dan TV9. Mungkin, ia tak datang secara semula jadi tetapi saya paksa diri saya.

Saya nampak akhirat dan kematian. Saya taktahulah tapi itu yang saya rasa.  Tapi saya rasa perjalanan saya masih jauh untuk mengecapi kejayaan di sana kelak. Banyaknyer dosa saya.  Secara tak langsung, saya rasa masa saya setiap hari sangat singkat. Saya bekerja, saya sibuk menjadi ibu, isteri dan priority saya ialah beribadah kepada Allah. Saya takut tak sempat. Lately banyak betul mendengar berita kematian. Saya jadi risau. Giliran saya? Saya teringat ibu bapa saya, opah2 saya, anak2 dan keluarga saya kesemuanya. Cukup tak bekalan? Ada satu suara dan perasaan mengatakan.. hidup kita yang sebenarnya ialah di akhirat. Percayalah. Then tiba2 datang rezeki 2 3 hari selepas itu ceramah drpd Prof Muhaya dan banyak lagi sumber lain yg menekankan ttg bab itu. Selalunya camtu. Kalau saya wondering, akan datang jawapan. Ianya datang drpd banyak saluran. Kadang2 TV. Pembacaan. Masya'allah.

Semalam saya dengar ceramah Ustaz Don di Youtube. Nangis saya. Ia berkenaan dengan didikan anak. dengan mempelajari pengurusan jenazah. Anak2 kita tahu tak nak menguruskan jenazah dan siapakah yang akan uruskan kita apa bila kita mati nanti. Kalau ikutkan, saya takut lagi mendengar mati. Saya mati? Meremang saya. Sapa nak uruskan saya? Maka dengan informasi ini, saya kena kuatkan semangat saya. Saya kena didik dan terapkan banyak ilmu agama dalam diri saya dan anak2 dan juga suami tercinta. Kami jahil!!! Saya tak mahu jahil selama2nya. Saya mohon semoga Allah berikan saya ilmu dan bimbing kami sekeluarga.



Saya terharu bila Ust Don kata, kita masih belum terlambat untuk berubah dan mengubah sesuatu. Rasulullah SAW pernah berkata, tanamlah sebutir benih walaupun esok dah nak kiamat.  

Memang tepat kata2 yang saya selalu dengar..yer kata2 yang Prof Muhaya selalu highlight.. jangan lupa Allah walau seminit pun. Bila kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah pasti akan menolong kita. Then, bila kita nak minta pertolongan drpd Allah, kita hendaklah mengikut segala suruhannya. Solat, pakaian, kata-kata, sabar, hati, etc. Saya ingat dia kata, tapi berdoa.. tapi pakaian kita tak jaga. Hubungan kita dengan suami dan anak2 serta keluarga tak jaga. Solat apatah lagi.. berlubang2. Buat kerja rumah berkira dengan suami. Apabila  anak2 nakal, mengamuk dan melenting.  Dusshhh. Macam ada penampar kat muka saya.

Amalkan doa ini selalu.. saya akan paksa diri saya membacanya doa selepas solat. 
"Rabbana la tuzigh qulubana ba`daizhadaitana wahablana milladun karahmatan innaka antal wahhab "
  .
Maksudnya:

" Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau gelincirkan hati-hati kami selepas Engkau memberi kami petunjuk dan kurniakan kami dari sisi-Mu akan rahmat. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi." (Ali Imran :8)
Juga saya paksa diri saya membaca ini juga...


Ini yang saya sangat takut...

Sebab-Sebab Hidayah Ditarik Semula

  1. Kita derhaka dengan guru yang pernah mengajar kita dan kita lari dari pimpinannya.
  2. Derhaka dengan kedua ibu bapa dan kita sia-siakan mereka.Kita biarkan kehidupan mereka tidak terurus dan terjaga.Lebih-lebih lagi kalau mereka marah atau rasa tidak senang dengan kita.
  3. Bila jiwa kita terpengaruh dengan dunia.Dengan ibadah sudah tidak seronok dan sudah mula terasa berat.Dengan halal haram sudah tidak diambil kira.Rasa takut dengan Tuhan semakin hilang.
  4. Menzalimi orang. Dengan sebab menzalimi orang,rasa takut dengan Tuhan sedikit demi sedikit dicabut.Kemudian jadi cuai dan malas beribadah.Begitulah seterusnya hingga hanyut dalam maksiat.
  5. Mula bergaul bebas dengan orang-orang yang tidak menjaga syariat.Kemudian rasa seronok dengan kebebasan itu.Rasa sedap,terlajak dan terus hanyut dalam maksiat dan kemungkaran.
Apabila hidayah ditarik semula, hidup akan terumbang-ambing.Tidak ada disiplin, tidak istiqamah,malas beramal,jinak dan ringan dengan maksiat,jiwa derita dan sengsara walaupun kaya dan berharta.
sumber: http://kawansejati.ee.itb.ac.id/05-03-hidayah-kenalah-dijaga

Saya tak tahu apa akan jadi pada diri saya esok lusa dan akan datang. Namun saya tetap membuat matlamat saya. Jika ianya baik untuk diri saya, semoga Allah permudahkan. Pastikan niat semuanya kerana Allah. Jangan ada niat lain. Semoga Allah sentiasa membimbing saya dan memudahkan diri saya selama saya bernafas di muka bumi Allah ini. Amin.

Comments

  1. menitis airmata bila dengar ustaz don bagi ceramah ni. Ena mandikan mama. Betul cakap ustaz don. Ena mandikan selembut yang mungkin....

    ReplyDelete
  2. Kan Ena.. Ena apatah lagi. Mesti tersentuh lagi hebat. Semoga kita berusaha ke arah itu.

    ReplyDelete

Post a Comment