Cuti-cuti Malaysia






Alhamdulillah. Allah telah memberi kelapangan, kemudahan dan rezeki kepada saya dan suami untuk membawa anak berjalan-jalan. Kali ini kami ke Pahang. Vchr percuma ke Holiday Villa Cherating dan seterusnya diskaun vchr ke Gambang Resort. 

Best ker?

Jawapan saya.. budak2 la paling best. Mak Bapak budak2 penat dan boring. Saya lagila.. penjaga beg. Ooohh.. saya jadi camera man juga sbb cameraman bertauliah terpaksa jaga anak2 mandi. 

Gambang... hhhmmm.. bagi saya ia seakan water park kat shah alam. Best lagi kot Sunway Lagoon. Kot itu yg saya penah pi. Tak penah lagi pi Lake town, Desa waterpark, Tambun, Gold Coast, etc. Tapi worth it la. Harga tidaklah mencekik darah spt Sunway. Bagi saya ianya attraction untuk tetamu2 di Pahang dan Pantai Timur. Studio Apartment dia pun bolehlah. Simple dan nice. Kot nak pi hotel yang best sudah pasti WaterHomes,PD or yg latest saya pi ialah kat Cyberview. 

Overall, saya syukur kerana kerja keras untuk diri saya menguruskan family saya ini berbaloi. Saya mmg berehat jugakla.. tp tidaklah berehat mana pun. Saya kalau tak buat kerja, saya cepat boring dan tertido. Tunggu my boys sambil jaga beg pun mengantuk. Lepas sampai rumah, adoi.. kerja keras saya bermula. Membasuh dan mendobi. Fuuhh nasib baik apartment saya baru bukak kedai dobi. Separuh baju saya htr dobi utk  basuh.

Oklah.. cukup cerita percutian saya. Oohh ada lagi satu percutian kami akan pergi pada bulan March ini. Then, ada misi pada bulan April. Tak sabar tunggu April. 

Selamat berjumaat semua. Saya mmg suka hari Jumaat. Ntah bagi saya, ianya ialah hari yg bila kita berdoa Allah pasti akan mustajabkan. Tak tahu bila tapi sudah pasti hari Jumaat..... So, jom kita bersalawat dan berdoa.



Comments

  1. SALAM

    laa...x jupe kita..saya ke sana jugak cuti panjang baru nih...

    ReplyDelete

Post a Comment