Buat bodoh sajelah...

Salah satu blog yang saya selalu ikuti ialah drpd Fuad Latip. Blog dia menyedarkan saya tentang konsep ketuhanan. Percaya kepada ALLAH dan menyedari kehadiran ALLAH. Membaca hasil penulisannya membuatkan hati saya sangat tenang.

Satu ayat AL-Quran yang membuatkan saya tersedar ialah seperti yang tertulis dalam blognya pada hari ini yang bertajuk Dorongan Allah.

Sememangnya benar apa yang dikatakan Allah SWT melalui surah asy-syam (QS As-Syam:91:7-8),

“Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya); serta mengilhamkannya jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa.”

Saya tidaklah mahu copy paste apa yg tertulis di dalam blognya tetapi apa yg termaktub dalam surah AS-Syam ni benar. Kengkadang saya ada perasaan menyampah dan tak best pada seseorang. Sebabnya, org ini pernah buat tak best pada saya so saya macam rasa eeerrrrr.... tak bestla!!!. So, saya selalu tegur kat diri sendiri.. mcm lah diri ini baik sangat. Janganlah sibuk pasal orang itu. Fikir diri sendiri tuh. Ntah2 orang pun feel yang sama pada awak.. macam lah awak tu baik sangat. So, saya selalu inform pada diri saya jangan kita terus mencari kesalahan orang lain dgn menggali lagi keburukan seseorang itu. Yelah, esp kalau kita bersembang ngan rakan2 kita. Punyalah kita tak puas hati dgn insan itu. Tgh citer buruk pasal orang itu, kita citer lagi.. citer lagi ttg orang itu. Tambah ajinamoto dan garam perasa. Puas hati bila kita luahkan keburukan orang. Alasan kita... bukan apa.. nak release tension. Lega bila dapat luahkan.

Prof Muhaya sentiasa berpesan dlm talk dia.. Jangan ada 4 perasaan ini dalam hidup 1. Merungut 2. Mengumpat 3. Mengeluh 4. Menyesal. Katanya lagi,  Orang yang suka mengumpat ialah orang yg akan muflis di akhirat kelak. Bayangkan kita dah membuat pelaburan yang banyak untuk akhirat dengan membuat banyak ibadah tiba2 kita jadi miskin dengan hanya 1 transaction ini. Astagfirullahalazim. Hhhmm terfikir saya, sbb tu Allah kita suruh belajar matematik and akaun. Supaya kita faham proses debit kredit di akhirat.

Fuad Latip remind, seandainya kita tidak menyedari Allah walaupun sesaat…. Allah menyatakan kepada kita dalan firmanNya…

Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah [Al Qur’an], Kami adakan baginya syaitan [yang menyesatkan] maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk.
(QS: Al-Zukhruf, 43: 36)

Sememangnya kita manusia biasa. Tidak boleh lari drpd melakukan dosa. Saya pesan pada diri saya, kalau melihat keburukan orang itu or orang itu buat tak best pada saya.. biarkan saje. Maafkanlah itu lain. Jangan dok sibuk2 pasal orang. Kalau nampak or menghadapi situasi yang tak best, buat2 bodo sajelah.

Comments