5 minit setiap hari


Alhamdulillah. Kali ini Allah memberi keizinan kepada saya dan membuka hati saya untuk mendengar kata2 inspirasi drpd Prof Dr Muhaya di websitenya Assohwah.com. Untuk mendengar koleksi ceramahnya yg terkini, kita kena melanggannnya. Boleh refer website Prof untuk keterangan lanjut. Di samping itu ada jual koleksi buku2 dan CDnya. 

Syukur. Banyak Prof telah mengajar saya virtually. Dgn kata2 semangatnya di FB dan Twitter, saya terasa inspired setiap hari. Ia umpama tenaga yg menggerakkan diri saya untuk berubah. Kata-katanya meyakinkan saya apa yg kita inginkan di dunia ini tidak mustahil. Mungkin dulu kalau saya belajar, saya ingin lulus dlm peperiksaan SPM. Seterusnya di UNIVERSITI, etc.

Now dah kahwin. Saya merenung sejenak dlm diri saya. Apa yg saya mahukan lagi? Happy Ending story macam citer Cinderella dan Snow White. Nope. Betullah apa yg kita fikirkan.. kalau kita fikir dunia, dunialah kita dapat. Kita tak dapat akhirat. Tapi kalau kita fikir AKHIRAT, dunia juga kita akan dapat. Dunia akan mengejar kita dan bukan kita yang mengejar dunia. 

Pepatah ada mengatakan Life is Self-fulfilling Prophecy. Katanya, kita adalah yang kita fikirkan. So, kalau kita inginkan sesuatu, ianya tidak mustahil. Saya nak share pasal diri saya, saya bukanlah orang yg selayaknya untuk dicontohi sbb saya pun baru belajar. Namun alhamdulillah, saya mengamalkan apa saje tips, doa2 dan surah2 daripada ayat AL-Quran yg disarankan. Saya paksa diri saya. Kalau saya tak buat, saya tegur diri saya sendiri. 

Betul. Kita tak boleh mengubah orang. Kita yang kena berubah. Nak ubah suami... nak ubah anak2. Kalau kita kata suami or anak2 kita begitu, begitulah dia. Well, ini bukan kata2 saya. Ia kata2 drpd Prof dan saya alter sket untuk pemahaman diri saya. Semuanya start drpd diri kita. Namun, jangan ingat kita ni dah terlalu baik. Dan cukup baik. So, bila kita lihat di depan mata kita semua tak sedap memandang kita mula kritik dan komen. Saya rasa itu bukan caranya. 

Salah satu contoh yang terbaik yg berlaku pada saya tadi. Saya sememangnya bukan jenis yang suka menyusahkan orang. Tapi saya cuba untuk meminta tolong orang sekiranya saya tidak boleh lakukannya. Tadi, saya minta seorang collegue utk print satu dokumen sbb pc saya tak boleh buka file dan print. Terkilan saya apabila individu itu tidak dapat menolong saya, dan katanya kerjanya banyak dan tak sempat. Ditambah lagi PCnya slow. Masya'allah. Terkesima sebentar saya. Maka saya pun balas. It's ok.. np. 

Bermain2 perasaan dlm hati saya. Adoi. Dugaan. Sudah pasti, pandangan negatif pada diri saya pada orang itu. Saya pujuk hati saya. Kalau kita paham maksud, menolong orang ikhlas kerana Allah, Allah pasti akan memudahkan urusan kita. Takpe. Bukan semua orang begitu kan. Saya cakap pada diri saya.. ianya latihan. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Alhamdulillah. Saya mendapat idea untuk mendapatkan printed dokumen itu. Wamin Yassir Wala Tuasir. Ya Allah.. mudahkanlah... jangan Engkau sukarkan. Dan ianya BERJAYA. Tapi saya tidak mahu menjaja citer tentang orang itu di kalangan rakan2 pejabat saya. Biarkan dia. Semoga Allah beri hidayah kepadanya. Sbb dia bukan jenis orang yg kedekut pun. Mungkin, dia betul.. tak cukup masa. 

Itu latihan saya. Perkara yg simple mengajar saya macam2 perkara. Pengalaman hari ini mengingatkan cerita Prof sendiri tentang dirinya yg suka mengajar orang. So, pada suatu hari nanti saya akan ingatkan pada anak2 saya, kalau kawan perlukan pertolongan.. tolonglah. Kalau mereka tak paham belajar, ajarlah. Jangan takut orang itu lebih pandai drpd kita. Rezeki di tangan Allah. Keadaan ini membuktikan Prof itu sendiri, tak pernah gagal dlm peperiksaannya. Semuanya Allah permudahkan.

Kuncinya ialah.. semuanya bermula drpd HATI. Make sure hati kita bersih dan baik. Saya rasa itu saje. Yang lain, anda boleh mengikuti kata2 inspirasi Prof dia ASSOHWAH.

Comments